 |
suasana old city zurich memang indah
|
Pagi hari Isnin kami keluar awal pagi untuk dapatkan bas untuk ke airport Sabiha Gokcen. Kami akan mengambil penerbangan ke Zurich yang dijadualkan bertolak pada jam 11.50 pagi. Sebaik tiba di airport kami menunaikan solat Subuh. Kelihatan sekeluarga orang Melayu baru selesai solat dan ada yang menggunakan babyroom untuk bersiap. Masuk ke ruang wuduk saya disekolahkan oleh penjaga surau dalam bahasa turkey. Tetapi saya faham beliau mengingatkan agar tidak basahkan lantai setelah berwuduk. Setelah selesai, kami mengambil peluang untuk bersarapan pagi sebelum check in. alhamdulillah ada banyak fastfood makanan turkey di sini dan harganya siap dipamerkan dan berpatutan. Dapatlah kami menikmati beberapa jenis makanan Turkey yang tidak sempat kami rasa sebelum ini. Setelah selesai kami terus check ni. Dalam airport semua urusniaga dalam matawang Euro. Mujurlah semua dah kenyang.
Kami menaiki Turkish Airlines untuk ke Zurich. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Amat teruja kerana ini dalah kali kedua kami melawat Zurich. Dari tingkap kapal terbang kami cuba meneka apakah bumi swiss masih diselaputi salji atau tidak. Berita mengenai beberapa resort ski terpaksa tutup amat membimbangkan kami. Apabila hampir mendarat kelihatan kampung2 swiss tidak lagi diselubungi salji. Tidak seperti pada bulan 12 yang mana lapangan terbang di munich pun lumpuh kerana salji tebal, bulan Febuari nampaknya saji tidak lagi kelihatan dimana-manapun. Walaupun sepanjang tahun salji tetap ada di atas puncak gunung2, namun kami mengharapkan pengalaman baru datang ketika musim sejuk untuk melihat pengalaman salji turut berada di bandar2nya.
 |
hotel kami boleh jalan kaki saja untuk sampai ke sini
|
 |
acara bebas hingga lewat malam
|
 |
keluar hotel pun dah senja..
|
 |
suasana gemerlapan dipusat bandar zurich
|
 |
Kakak yaya ada gambar di sini hampir 10 tahun yang lalu
|

Sebaik saja menjejakkan kaki ke Zurich Airport, mata kami mencari apakah sebarang perubahan berlaku di sini. Nampaknya tak banyak perubahan dari segi bangunan. Cuma susunan kedai dan kaunter pembelian tiket train yang kini dalam bentuk kiosk. Kalau dulu kami beli swiss pass di kaunter, kali ni swiss pass kami dah beli sebulan lebih awal. semua kini tiada lagi tiket fizikal untuk dijadikan kenangan. Swiss pass kami simpan di dalam apple wallet. Conductor train akan scan QR code tertera pada apple wallet. Kami beli 2 tiket dewasa yang masing2 layak untuk membawa bersama seorang kanak2 lebih 6 tahun dan kurang dari 16 tahun menaiki train tanpa had secara percuma. Harga untuk 3 hari bagi 2 swiss pass lebih kurang RM 2700. Selama 5 hari kami berada di sini, hanya hari kedua, ketiga dan ke empat baru kami gunakan swisspass. kami juga book airbnb sebuah studio apartment selama 4 malam dengan bayaran RM 2900. Perjalanan ke setiap destinasi akan bermula dan berakhir di Zurich. Waktu siang yang singkat telah pun memberi kesan kepada trip kami, apabila kami tiba semula ke Zurich selepas check in matahari sudah pun mula terbenam. Jam baru pukul 5 petang. Musim sejuk waktu siang sangat pendek dan kami perlu memastikan setiap perjalanan bermula awal pagi dan tiba di destinasi ketika matahari baru nak naik.
Namun untuk esok kami tak mahu terlalu optimis sebab belum tahu berapa masa diperlukan untuk bersiap dengan bekal makanan dibawa sekali. jam 3 pagi kami dah bangun bersiap dan jangkanya jam 6 pagi kami akan dapatkan train ke luzern. Tapi untuk hari ni kami sekadar santai2 meronda di bandar Zurich yang memang selalu sunyi dan aman damai.. Sesekali bunyi tram yang memecah kesunyian.. Hanya berjalan kaki kami menelusuri sungai Limmat tanpa sebarang tujuan. Ambil lah gambar sepuasnya. bandar zurich dihiasi dengan lampu2 yang cukup indah bergemerlapan. Tiada kawasan yang gelap dan menakutkan. Berjalan di zurich memang terasa amat selamat tak seperti bandar2 eropah yang lain.
Sebelum pulang kami singgah di grocery untuk membeli apa yang patut untuk dijadikan bekal bahan masakan esok. Al maklumlah makanan memang mahal2 kat sini walaupun ada yang Halal. Tak Sangka acara membeli belah ni merupakan acara kemuncak malam tu.. memang seronok betul kami belek pelbagai sayuran, buah-buahan, jajan dan macam2 lagi.. Dah beli siap2 coklat toblerone kalau perancangan ke zermatt esok menjadi.
 |
banjaran gunung Alps yang dilitupi salji
|
 |
pertama kali naik Turkish airline
|
 |
Bergambar kenangan di tempat yang sama pernah kami bergambar 10 tahun dulu
|
 |
untung anak zaman sekarang
|
 |
menanti penerbangan ke Zurich
|
 |
kapi tu gate rasanya
|
 |
duduk airport pun seronok
|
 |
restoran fastfood tapi semua makanan tempatan
|
 |
rindu dah nak makan pide ni
|
 |
program santai berjalan waktu malam di pusat bandar zurich
|
 |
siap ada jual nasi goreng kat sini
|
 |
amacam... kat msia pun takde
|
 |
uniq nye jajan letak dalam tempat telor
|
 |
prop brgambar dah ada
|
 |
seronok macam tanak keluar
|