Search This Blog

Wednesday, October 2, 2024

Istanbul.. Aku datang : Episod 6

 

Basel: Dah sampai baru nak research apa ada dan nak ke mana!

Di hadapan stesen keretapi Bern

Di Luzern kami hanya singgah sebentar untuk ambil gambar saja sebab keadaan Luzern sangat kotor kerana ada perayaan berlangsung pada malam sebelumnya. Kami ke Luzern asalnya kerana kononnya ada pasar pagi di sana. Tapi sayang dahlah tak jumpa pasar, pemandangan penuh sampah dan bau busuk pulak terhidang buat kami.

Saat akhir kami mengubah plan perjalanan beberapa kali pada hari kedua di Swiss.  Sepatutnya kami terus ke Bern, Tetapi entah macam mana train yang kami naik tiba-tiba dah sampai Basel! Jadi dari kami patah balik untuk ke Zermatt lebih baik kami terus ubah keseluruhan perjalanan hari ini. Hari pertama guna swiss pass ni elok juga kita santai2 dan tidak terikat dengan jadual perjalanan yang ketat.

Kami langsung takde plan untuk ronda Basel ni. Tak tahu apa pun tarikan di sini. Stesen keretapi Basel bangunannya seperti jejantas yang mempunyai dua pintu di setiap hujungnya. sumpah tak tahu nak keluar ikut pintu mana. Jadi di tengah2 stesen itulah saya menelek google map mana pintu yang patut kami keluar dan ke mana kami nak pergi. Akhirnya kami keluar ikut pintu utara yang terdapatnya laluan tram untuk ke sungai Rhine. 

 Cuaca pagi di Basel amat baik sekali. Matahari terang benderang menjadikan keindahan bandar Basel semakin menyerlah. Dalam masa yang sama saya terfikir bukan ke trip datang sini sepatutnya nak lihat pemandangan bandar yang di selimuti salji? Nah sekarang siap mata terpejam silau dek matahari yang memancar. Walaupun kecewa hari ni sebab tak dapat seperti yang diharapkan, Kami tetap gembira dan terasa beruntung dapat menikmati keindahan bandar Basel dan  yang lebih penting gambar2 kami di sini memang win!

Sumpah kami naik tram dalam keadaan tak tahu lagi nak turun kat mana. Map sentiasa on nak pastikan lokasi turun dari tram tidak jauh dari sungai Rhine. Alhamdulillah walaupun tak plan ke sini laluan kami amatlah strategic. Turun saja dari tram kami melalui jalan yang mempunyai deretan kedai2 berjenama. Apple store pun ada di sini. Mungkin inilah jalan yang menjadi tumpuan utama bandar ini. 

Di penghujung jalan terjumpa pula pasar pagi kecil dan terdapat menara jam berwarna merah yang cantik. Rathaus Des Kantons itulah namanya yang juga merupakan bangunan pentadbiran kerajaan tempatan. Tak jauh dari situ tibalah kami di sungai Rhines. Kami menyeberangi sungai melalui jambatan Mittlere Brucke. 

Tidak bercadang untuk jalan terlalu jauh, kami mengambil kawasan berupa astaka di tebing sungai dengan pemandangan indah menara berkembar gereja Busler untuk makan tengahari. Pertama kali menggunakan pek pemanas yang bertindak balas apabila direndamkan dalam air. Kami makan dengan cukup berselera sekali. Serunding ikan bilis cili api dibekalkan mak membuka selera sebab biasanya makanan segera ini tidak terlalu pedas. 

Air dalam botol pun dah kosong maka saya suruhlah Yaya isi air di water fountain berdekatan. Pada mulanya Yaya agak ragu kebersihannya, tak lama lepas tu ada pula mat saleh isi air di situ barulah dia yakin. Kami meneruskan perjalanan kembali menyeberangi sungai melalui jembatan Wettstein untuk ke gereja Busler. Rupanya betul2 di belakang gereja itu ada tempat untuk melihat permandangan bandar Basel dari tempat yang tinggi. Kami kemudiannya kembali semula ke stesen keretapi untuk ke bandar Bern.



di tebing sungai Rhines

Teragak-agak nak isi air di water fauntain

pemandangan indah tebing sungai Rhine di Basel

berguna betul pek pemanas ni memanaskan lauk



menara berkembar gereja Busler, Basel





menara bangunan dato bandar Basel

di pasar pagi Basel

Apple stor di Basel.. Hanya ada dua Apple store di Swiss


Dihadapan stesen keretapi Basel




di stesen keretapi Luzern

ada family malayu lain baik hati ambil gambar kami

Nak sangat naik jambatan Kapel



menahan sejuk pagi di Luzern

jakun tenguk swan




Bangunan cantik dengan senibina medievel di sekitar gereja Busler

Terdapat Mall berdekatan gereja busler


di gereja busler terdapat kawasan untuk melihat keindahan bandar Basel dari tempat tinggi