Setelah puas bermain di lorong sempit itu, kami cuba bergerak naik ke kawasan lebih atas. Barulah kami tahu ada bangunan menempatkan pusat informasi & museum kecil tentang Gornergrat. Kami yang dah mula terasa lapar mencari lokasi untuk makan tengahari dengan bekal yang dibawa. Terdapat satu kawasan tersembunyi sebelah bangunan museum. Kami pun duduk bersila dan memulakan proses memanaskan makanan. Setelah beberapa ketika duduk disitu kami mulai rasa tidak selesa. Nasi yang terjatuh dilantai kami cuba kutip tetapi ia sudah keras dan melekat di permukaan lantai. Anas dan Iman dan mula mengadu tidak tahan dengan kesejukkan yang mungkin berada di bawah paras beku. Sarung tangan pun sudah keras seperti kueh keria gula melaka terpaksa dibuka. Saya kemudian bawa Anas dan Iman masuk kebangunan Museum dan masuk ke toilet. setelah selesai kami terasa macam dah tak mahu keluar semula. Bekal makanan yang belum habis tadi terpaksa dibungkus dan simpan dalam beg. Kami terus berada di dalam bangunan museum dan melawat pameran yang ada sebelum ke kedai cendrahati membeli pisau swiss yang menjadi idaman saya selama ini. Di tingkat atas terdapat restoran yang mempunyai kawasan indoor dan outdoor. Kami duduk berehat di kawasan outdoor yang berlatarbelakangkan puncak Matterhorn dan sebelah tepinya pula ada laluan glasiar yang sungguh menakjubkan.
Setelah sekian lama duduk berehat di restoran, kami terlihat seperti ada laluan untuk naik ke kawasan lebih atas lagi. Rupanya itulah laluan untuk ke puncak yang disitu terdapat kawasan lapang dan taman untuk bermain salji. Salji tebal menyebabkan beberapa kerusi di taman itu tertimbus. Kami menghabiskan masa bermain salji dan bergambar sepuasnya hingga tak sedar waktu semakin suntuk untuk melawat bandar zermat. kami bergerak untuk turun kebawah dikala waktu sudah hampir jam 3 petang. Kami perlu tiba semula di Zermatt sebelum cuaca gelap iaitu sebelum jam 5.30 petang. Namun setelah mendapatkan train untuk turun ke bawah kami terlihat ada lagi bermacam tarikan di hentian lain yang akhirnya di saat akhir kami buat keputusan untuk keluar di hentian Riffelberg. Inilah hasilnya jika berlaku plan yang tidak disangka-sangka.
Dah lama juga survey pasal nak main sledding ni. Nak main ski confirm tak reti sebab four in line pun tak berani. Jadi yang paling selamat untuk cuba winter sport ni hanyalah sledding. Sewa sebuah sledding katanya 10 CHF. Kalau 3 je dah jejak RM 100 lah. Tapi di Riffelberg, keadaan di situ sangat sunyi. Kemungkinan kebanyakkan pengunjung sudah turun ke Zermatt. Kelihatan beberapa sledding ditinggalkan bersepah. Apa lagi, dapatlah kami merasa bermain sledding. Memang sangat teruja sebab inilah kali pertama nak meluncur dengan sledding atas snow.
Kali pertama memanglah tak tentu arah perginya sebab belum tahu cara untuk memandunya. Bila dah tahu caranya memang seronok dan rasa tak puas sebab tak boleh main terlalu jauh dari stesen keretapi kami turun tadi. Caranya mudah, Pegang tali yang diikat pada hujung sledding seperti naik kuda. Bila dah bergerak gunakan kaki dengan menahan snow ( kaki kiri untuk ke kiri dan kaki kanan untuk ke kanan. Luncuran nya memang sangat laju. Memang winter sport ni sejenis sukan yang sangat extreme. Bimbang juga kalau terlajak jatuh ke dalam gaung. Tapi agak memenatkan juga sebab dah turun bukit kene naik balik. Walaupun hawa sejuk, semput tetap semput. Dah puas main sledding kami pun bergerak ke stesen keretapi. apabila dalam perjalanan kami ditegur seorang lelaki yang meminta kami bantu dia kutip sledding yang kami gunakan. Takpalah, janji dapat main secara percuma!