POMODORO
Seronok belajar bahasa Italy ni. Cara sebutan dan lenggok bahasanya menyebabkan kita mahu mengulang sebut berkali-kali. Seorang nenek yang menjual gelato gigih mengajar saya memperbetulkan sebutan nama gelato kegemaran.."PANNAKOOTTA". Tiba waktu makan tengahari kami membuat keputusan untuk mencuba makan di restoran. Restorannya terletak berdekatan dengan Piazza San Marco bersebelahan St Marco de Basilica. Nak rasa masakan orang Italy punya pasal, berapapun harganya kami akan cuba tutup mata sahaja. Mengelakkan makanan yang tidak halal maka Black Spaghetti dan Pizza Margarita jadi pilihan kami.. Ini harganya..
Oklah dapat rasa dua jenis signature dish orang Italy. Macam-macam lagi kami cuba rasa di sini. Dari jenis manisan seperti tiramisu dan meringue.. Gelato jangan cakaplah. Tetapi kami amat bersyukur cubaan kami bersiar-siar ke Campo San Polo menemukan kami dengan kedai jual kebab yang lazat ini. 3 hingga 4 kali saya datang ke sini untuk beli kebabnya. Memang sedap!.. Ramai juga orang Malaysia dah lekatkan duit seringgit di dalam kedai ini menandakan mereka sudah sampai ke sini. Segulung kebab yang besar ini baru 4.5 Euro. Air mineral di sini pun murah 1 Euro berbanding kedai-kedai yang lain. Kami siap bungkus bawa balik kehotel untuk makan dengan nasi. Bila kita kata datang dari Malaysia saja maka kebab kami di taburkan dengan serbuk cili dengan kepedasannya boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata hehe.. Makan KFC Londonpun punyelah tersiksa tiada cili sos..
Bab gelato pula memang sangat terkenal di sini.. mana-manapun ada orang jual gelato. Macam-macam nama ada. Rasa dan adunan pun berbeza-beza. Harga pun ade yang mahal dan ade yang murah. Dikawasan tertentu satu scoop gelato boleh dapat 1.5 Euro berbanding 2 Euro di kawasan tumpuan. Namun ketika kami mencari jalan ke Ferrovia, ada pula kedai runcit yang jual gelato dalam tupperware hanya dengan 2.5 Euro. Puas makan sampai terasa macam nak kene kencing manis pula. Selepas itu terus kami stop beli gelato lagi. Entah berapa Euro kami habis beli gelato ni.
Oleh kerana ahli keluarga saya belum ada yang sampai ke Vanice, saya peruntukkan lebih banyak bajet untuk beli souvenir di sini. T Shirt consider mahal di sini. Tetapi mase tu saya beli saja sebab tidak berpeluang lagi nak buat perbandingan harga dengan negara-negara lain. Fridge magnet vanetian mask memang kami dah survey dari mual lagi. Murano glass dalam bentuk pelbagai assesori memang menjadi kegilaan wife. Gelang, cincin, dan macam-macam lagilah. Boleh juling mata lihat keindahan seni pembuatan kaca hiasan orang Vanice. Oh ya lupa nak bagi tahu. Pomodoro tu ialah tomato dalam bahasa Italy..Perlu tahu juga sikit-sikit bahasa diorang untuk elakkan termakan makanan yang tidak halal.
No comments:
Post a Comment