 |
Bersidai di airport Abu Dhabi.. 13 jam pun takpe sebab airport cantik dan selesa
|
Tak sah kalau tak mulakan kisah kembara kami ni dari rumah. Nak sampaikan rasa betapa indah hari pertama mulakan perjalanan! Cabaran pertama ialah untuk mengatur luggage! Tiada masalah dengan penerbangan Etihad tetapi perjalanan kami ke Zurich dengan Turkish Airlines harga tiket tidak termasuk luggage check-in. Kami perlu pastikan berat lugagge untuk check in sangat minimum kerana harganya sangatlah mahal. 30KG boleh jejak RM 500. Tak dapat bayangkan naik ke fligth dengan beg yang banyak. Kami siap cari jalan kiranya dapat ditinggalkan sebahagian beg di Istanbul namun hal itu sia-sia kerana kebanyakan muatan dalam beg sememang diperluan sepanjang berada di Swiss.. Bekalan makanan, bekas pemanas, periuk nasi, beras, baju sejuk setiap orang 2 pasang!
Di Istanbul kami plan memang akan makan dikedai sepanjang masa kerana tiada masalah untuk cari makanan halal dan harga tidak jauh berbanding makanan di Malaysia. Beg yang kami beli di swiss kami guna semula, beg samsonite sangat besar dan ringan. Kalau beli baru memang akan jejak ribuan ringgit. Cuma perlu gantikan dengan tayar yang baru. Kami lebihkan beg beroda untuk kurangkan keletihan angkat beg. Beg lipat sebagai spare jika beg yang ada tidak cukup ketika pulang nanti atau digunakan untuk kurangkan berat beg check-in.
 |
Roti kaya je pun..
|
 |
Lagi excited tgk info penerbangan dari layan movie
|
 |
Allah nikmatnya makan dalam fligth.. mood semua happy..
|
 |
sedap2 semua macam order dengan Brahims..
|
 |
ade yang pelik2 desert tu biar ayah habiskan
|
Flight kami jam 9.25 pagi 8 Febuari. 7 Febuari masih kerja. 3 jam sebelum flight mesti sampai iaitu sebelum 6 pagi . Perjalanan dari Johor ke KLIA masuk perjalanan untuk hantar kereta ke parking putrajaya sentral dan tiket train KLIA Transit paling awal pukul 5.20 pagi. Jadi kami mulakan perjalanan seawal 12.30 pagi. Cuba untuk tidur lepas solat insyak tetapi macam tak berapa lena. Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan kami dan elakkan masalah mengantuk sepanjang pemanduan 4 jam ke KLIA.
Keadaan di KLIA penuh dengan jemaah umrah. Kami saja nampak ganjil dengan mood, pakaian dan destinasi berbeza. Seusai solat subuh kami terus check ini semua beg melainkan satu beg sandang untuk kegunaan ketika transit di Abu Dhabi. Ye kami kali pertama kene perjalanan transit. Banyak perkara kami tahu tentang transit ni. Yelah bukan ada duit banyak boleh selalu travel. Sebelum ni pun mujur dapat offer flight direct. Jadi kene lah tahu apa kita boleh buat sepanjang transit. Baru tahu beg dah check in memang akan pindah terus ke penerbangan seterusnya. So kena ada satu beg isi keperluan sepanjang perjalanan termasuk transit. Kalau kami ambil flight Saudia boleh dapat visa percuma untuk tunai umrah. Tapi saya rasa macam tak sesuai untuk kami dengan anak kecil ni ambil perjalanan seketat itu. Plan nak ke Dubai ketika transit pun kami terpaksa lupakan. Tak dapatlah tunaikan hajat anak2 nak lihat bangunan tertinggi Burj Khalifa dan Museum of the Future.
Oleh kerana tiada perkhidmatan aero train ke bangunan satelit, bas rapid yang banyak disediakan. Walaupun jumlah penumpang cukup ramai, pekerja KLIA pun ramai yang turun padang mengatur penumpang untuk setiap bas. Tiba di bangunan satelit kami pun ada kesempatan untuk bersarapan dahulu sambil melihat view kapal terbang dari pelbagai syarikat penerbangan bersedia mengambil penumpang.
 |
naik Etihad ni boleh jumpa pramugari negro
|
 |
tak sabar nak sampai abu dhabi
|
 |
wajib pose kat aero bridge ni
|
 |
kami yang berlima
|
 |
naik dreamliner.. Kapal paling latest dan canggih. Tapi yang penting selesa..
|
Keseluruhan pengalaman menaiki Etihad memang sangat selesa walupun ekonomi. Teruja merasai kelainannya dengan pengumuman dan arahan dalam kapal terbang menggunakan bahasa Arab. Kami dilayan oleh pramugari berkulit hitam tapi manis-manis. Pilihan movie pun banyak hingga ada sorang pakcik duduk depan tu layan filem tamil dari awal sampai habis. Budak2 memang tak tidurlah. Saya cuba tidur kerana belum sempat tidur dari semalam. Setibanya di Abu Dhabi Kakak Yaya paling teruja kerana sebelum ni dia pernah temankan kami ikuti kursus umrah tapi tak dapat ikut sama, jadi peluang sampai ke negara Arab memang tidak disangka. Sebelum landing dapatlah lihat gurun pasir dan rumah2 tradisi orang arab berdekatan dengan airport.
Sebaik saja mendarat kami bergegas ke pintu keluar kononnya mahu ke Dubai tetapi tak jumpa. Keliru dengan keperluan visa akhirnya kami habis masa mencari maklumat dan hanya keluar dari airport ketika hampir senja. Kami terkejut dengan kesejukkan Abu Dhabi sebaik saja keluar dari bangunan airport. kami mendapatkan teksi untuk ke Masjid yang paling ikonik di sini Syiekh Zayed Mosque. Namun peluang untuk masuk dan bersolat didalam masjid yang indah itu tidak kesampaian kerana saya baru tersedar beg pinggang yang mengandungi wang untuk dibelanjakan sepanjang trip tertinggal ketika melalui pemeriksaan kawalan keselamatan airport. Kami bergegas kembali dan Alhamdulillah beg masih selamat dalam simpanan polis. Punyelah lega sampai terlupa kami baru saja rugi tak dapat masuk masjid tadi. Tak mengapalah.. Kalau duit hilang nanti boleh rosak mood sepanjang trip.
 |
Menara kawalan airport Abu Dhabi yang style
|
 |
apa nak buat tunggu berjam2.. snap jelah gambar banyak2
|
 |
Di perkarangan masjid Syiekh Zayed
|
 |
sempat bergambar diluar saja.. Takde rezki nak masuk
|
 |
antara kedai2 duty free dalam airport
|
 |
antara makanan tersedap
|
Nak tunggukan waktu waktu berlepas ke Istanbul pada jam 2.20 pagi, 2 kali kami isi perut di mc Donalds.. paling murah lah.. Ramai je pelanggannya. siap berebut maje.. Pak arab tak de boikot2 ni. Ada banyak port best kalau nak tidur. kene dapatkan masa untuk tidur. Kalau tidak boleh jadi 3 hari 3 malam tak tidur.. Sampai Istanbul pula 6.20 pagi.. satu hari penuh kami ada untuk hari pertama kenal Istanbul! Sebaik tiba kami terus ke terminal bas untuk beli tiket. Bas akan membawa kami terus ke dataran Taksim yang mana kedudukan hotel hanya perlu jalan kaki sikit saja. Selain tiket bas, saya beli sekali Istanbul Card yang dikhaskan buat pelancong.
 |
dah sampai Istanbul!
|
 |
itu dia semua beg yang kami bawa
|
 |
macam tak caya satu lagi negara kita dah unlock
|