Search This Blog

Monday, July 22, 2024

Istanbul.. Aku datang..

 

Baru tahu Hagia Sophia telah tersergam sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi.

 

Sejak trip kami pada tahun 2015, blog ini tidak pernah ada tambahan post yang baru. Mungkin sekadar nukilan menyatakan rasa betapa indahnya kali pertama melihat negara orang secara DIY. Kami sesudah itu sempat melawat Korea Selatan dan kemudiannya seluruh dunia travel DIY bergelap dek gelombang Covid 19. Setelah hampir 10 tahun , kami direzkikan sekali lagi mencipta percutian DIY mirip trip 2015. Cuma kali ini Istanbul menjadi pilihan destinasi untuk keluar dari benua sebelum mengulangi pengalaman kami di Switzerland kemudian German sebelum kembali ke Istanbul semula. 

 

Indahnya Bern Switzerland ketika waktu hampir senja.

Langkau 10 tahun kami menerima tambahan seorang ahli DIY traveller yang dilahirnya beberapa bulan sebelum Covid 19 melanda. Seorang lagi ahli pada trip yang dulu hanya berusia 4 bulan kini sudah berusia 9 tahun. Ahli Travel DIY paling kecil masih lagi menggunakan pampers. Kakak sulong yaya syifa kini sama besar dengan ibunya, boleh lah diharap untuk melaksanakan tugas-tugas orang tua. 

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul kami tempah ketika konflik Israel - Palestin baru bermula. Mengambil kesempatan harga tiket yang agak jatuh akibat kebimbangan perang. Kami juga terus dihimpit kebimbangan untuk membatalkan trip beberapa kali akibat perang yang berterusan. Mujur skala konflik tidak merebak. Entah mengapa, trip kami ke Korea Selatan sebelum ini turut dibimbangi konflict peperangan. Hingga sedang kami sibuk bershopping di Namdeamun, apabila terdengar bunyi letupan secara sepontan semua orang memandang ke langit. Mungkin mereka mencari kalau-kalau ada serangan peluru berpandu. Jika berlaku situasi yang sama di Malaysia saya yakin takkan ada sorang pun cari apa-apa di langit!


Dalam gambar pun dah cantik.. itulah keajaiban Istanbul!

Public Tranport boleh study dari banyak video di Youtube

Kakak yaya dah remaja, tentu percutian kali ini amat bermakna.

Dah biasa ke mana-mana bersama. Tak mahu rasa tak lengkap ketika menikmati trip serba indah untuk kenangan bersama.

Siapa sangka kami boleh sampai Zurich sekali lagi.. Alhamdulillah

Tidak tahu sejauh mana kerajinan saya untuk berkongsi. Mungkin lebih sekadar kenangan traveler ala marhaen yang kalau tidak direkod ia bakal pudar bersama masa. 

 

Letih berjalan dari awal pagi sampai ke malam. Tapi boleh tidur dalam train.

Yaya ade je gaya pelik2 tak pandang camera ikut zaman dia

Setiap saat amat bermakna.. tak tau bila boleh sampai lagi

Tak tau apa nama bangunan tapi memang cantik

dari dalam train dah nampak salji memang ceria sungguh yaya


Istana Walt Disney pun kami dah jejak

pertama kali sampai Germany..Inilah mercu tanda bandaraya Munich

 














No comments:

Post a Comment