Dihadapan bangunan parlimen Rendezvous Bundesplatz |
BERN
Bern jadi bandar ke 3 kami lawati selepas Luzern dan Basel.
Sangat berbaloi investment untuk hari pertama ni. Setiap bandar ada characternya sendiri. Kami tiba di Bern pada jam 4 petang. Ada lebih kurang sejam lebih sebelum hari gelap. Untuk menjimatkan masa, kami ambil tram terus ke lokasi berdekatan dengan mercutanda Bern iaitu menara jam Zytglogge. Jarak hampir 1 km dari stesen keretapi ambil masa 8 minit dengan tram. Suasana disekitar Zytglogge dan sepanjang Barenplantz yang merupakan shopping street utama di Bern memang agak meriah. Dengan keindahan sinar matahari petang yang tinggal beberapa minit lagi untuk bertahan kami menghabiskan masa mengambil gambar dan video kenangan di setiap sudut bandar ini.
Ternyata lawatan ke Bern memang menjadi kenangan yang paling kami tidak dapat lupakan. Gambar2 di sini amat cantik dengan bangunan yang bercirikan senibina mewah dan antik. Melangkah menelusuri Barenplatz penuh dengan toko ternama memang sangat mengujakan. Apabila melintas di hadapan Grocery Coop memang wajiblah kami singgah membeli cemilan seperti coklat, buah-buahan dan sayuran segar.
Demo Cease Fire Palestine
Ketika sibuk bergambar di Rendezvous Bundesplatz, kami kedengaran dari jauh seperti ada demonstrasi. Rupanya ada demo Cease Fire Palestine di tengah2 kesibukan bandar Bern. Pada mulanya bimbang untuk dekat dan rakam aktiviti mereka. Namun bila semakin hampir, tidak perlu dibimbangkan pun sebab Demo berjalan dengan aman dan tertib. kelihatan tak sampai 5 orang polis pun berada disekitar memantau perjalanan demo itu.
Hari pertama menggunakan swiss pass buat perjalanan train dari Zurich ke Luzern, Luzern ke Basel, Basel ke Bern. Tak mahu pulang ke Zurich terlalu lewat sebab hari esok ada perjalanan penting. Kami nak memburu salji! Setelah 2 hari disini kami masih gagal temui sebarang salji. Kami akan ambil train pertama terus ke Zermatt.
keluar dari Train station terus ke tram |
Ringgepark Bern |
Di hadapan bangunan theater Stadttheater |
Equestrian statue of Rudolf von Erlach |
tak melepaskan peluang bergambar di tebing sungai Aare dengan sinaran matahari senja |
ni lah gambar paling mahal dari Bern |
Zytglogge yang menjadi mercutanda bandar Bern |
ada yang baik hati tolong ambilkan gambar kami satu family |
No comments:
Post a Comment