Search This Blog

Thursday, August 8, 2024

Istanbul.. Aku datang : Episod 3

 

Bergambar dipenghujung laluan Istiklal street ketika duduk berehat di astaka menghadap ke Golden horn      

Inilah lift yang membawa ke plantform perhentian bas

Agak sukar sebenarnya ketika menguruskan tempat tinggal di Istanbul melalui AirBnB kerana ketika itu sedang hangat kerajaan menperkenalkan peraturan baru untuk menyelamatkan industri perhotelan. Saya terpaksa bertindak membatalkan semua tempahan melalui AirBnb yang sememangnya jauh lebih murah berbanding hotel. Hotel berdekatan dengan dataran Taksim memang mahal dengan bilik hotel yang sempit dan tiada restoran yang selesa untuk sarapan pagi berbanding kawasan Sultan Ahmed yang kami sewa sekembali dari Munich nanti. 

Harga tiket bas bersama Istanbul Card yang mencecah hampir 2 ribu lira agak mengejutkan saya. Namun oleh kerana saya berurusan di kaunter dan saya tiada pilihan lain maka saya bayar saja. tetapi ia sebenarnya menggambarkan keadaan inflasi Turki yang amat teruk hingga setiap kali makan, kami sekeluarga perlu bersedia antara 1500 hingga 2000 lira. Sebab itu lah saya perlu gunakan beg pinggang yang besar untuk simpan matawang lira yang cukup tebal. Sekali makan macam kira duit nak beli handphone! Saya bawa 20 ribu lira sama seperti wife saya kononnya nak beli banyak suevenir. Rupanya duit sebanyak itu tak cukup!

 

Masih di platform bas sambil update status selamat mendarat di Turki

Mamat Turki memang hensem2 belaka

Si kecik anas boleh terjatuh dalam lubang yang merupakan tangga tengah, mujur tiada yang serius. Baru sampai dah macam2. Peringatan buat kami agar lebih berhati-hati. jangan sampai ada tragedi. Kalau seronok sangat itulah padahnya.

Tiada apa yang dapat kami lihat dari dalam bas kerana tingkapnya tidak berapa jelas dihalang sticker. Sebaik sahaja tiba, mata kami terpegun dengan keindahan suasana bandar Istanbul. Bayangkan, hampir setengah jam sampai, kami masih lagi berlegar dikawasan perhentian bas yang kebetulan berada di atas bukit. Sinaran matahari pagi menyerlahkan lagi keindahan Istanbul, ditambah pula hawa dingin tanpa hembusan angin. Dah lama betul kami nantikan pengalaman ini berulang kembali. Saya habiskan soal jawab dengan di kaunter bas kerana 3 hari lagi kami perlu dapatkan bas ke Airport Sabiha Gokchen seawal 5 pagi. 

 

Kami bergerak perlahan-lahan menuju ke hotel. Namun pergerakkan kami agak sukar kerana permukaan jalan amat kasar. Roda beg asyik tersangkut dan pergelangan tangan saya terseliuh sampai mengambil masa beberapa hari untuk pulih. Kami berhenti sebentar di dataran taksim dan hotel memang tidak berapa jauh dari situ. Kami disapa oleh penjual aiskrim turki yang popular mainkan pelanggan tu. Oklah kita layan lah budak makan aiskrim sambil rakamkan gelagat penjual aiskrim buat show. Tiba masa nak bayar mood kami yang dari tadi ceria happy bertukar terkejut dan marah. Mana taknya, harga 3 calong aiskrim lebih 1 ribu lira. Penjual berkeras minta kami bayar sebab tanda harga sudah dipamerkan. harga show lebih mahal dari harga aiskrim. Akhirnya saya serahkan wife untuk gunakan skill nego dia dan akhirnya kami hanya bayar separuh. Selamat datang ke Istanbul... Memang ramai peniaga ambil kesempatan atas kelalaian pelancong berbelanja. setelah peristiwa itu kami perasan memang susah penjual aiskrim di sini dapat pelanggan. Dah ramai sedar aiskrim Turki adalah tourist trap!...

Baru turun bas.. belum apa-apa lagi dah berpuluh pose di sini... Moment pertama kali tu memang paling indah.

pemandangan dari atas suasana pagi bandaraya Istanbul menyambut kami

Syukur kami diberi peluang sampai di sini

Anak2 yang dah mula faham seronoknya jalan di oversea

dah kerja teruk2 berkurung di ofis.. sekali sekali terlepas jauh kita sampai

Masjid di dataran taksim juga masjid terdekat dengan hotel kami

gambar laluan mendaki bukit dari hotel

Istimewanya duduk di Taksim Square ni dekat dengan shopping street paling populer di Istanbul. 

Gaya Eropah... kenalah dengan wajah mereka yang tampan dan jelita


Sebaik saja berjaya untuk park beg2 di hotel, kami keluar semula menuju ke Istiklal. Perut sudah terasa lapar.. waktu masih pagi. Setiap kali kami melalui dataran taksim pasti kami akan meluangkan masa seketika menikmati angin sejuk 8 degree dengan view kota istanbul dari puncak hingga kelihatan selat bhosporus. Memulakan langkah menelusuri laluan tanpa kereta di istiklal, kami cuba yakinkan diri ini bukan lagi mimpi atau sekadar menonton walking tour di youtube. Pengalaman untuk berada secara fizikal dan bukan lagi secara maya adalah amat mengujakan. Saya akan membenci diri sendiri jika terlepas pengalaman ini hanya kerana terlalu berkira untuk membeli tiket fligth. Ia sangat berbaloi dan setiap saat tiada sesal jika kembali ke tanah air nanti kami terpaksa hidup berjimat! 

Apabila terlihat tram berwarna merah yang menjadi simbol sejarah dan nostalgia di Istanbul, kami menumpukan lensa menanti tram yang bergerak perlahan menghubungkan Tunnel dan Taksim dengan jarak sejauh lebih kurang 1.5 km. Pintu masuk tram terdapat tirai dari plastik untuk mengurangkan hawa sejuk dari memaksuki badan tram. Tram memang sentiasa penuh macam sardin. Asalkan sejuk tiada masalah berhimpit2. Pertama kali kami menggunakan Istanbul kad adalah dengan menaiki tram. Melihatkan kami hanya scan sekali untuk 5 orang sekeluarga, konduktor tram meminta saya menyerahkan kad dan beliau tambah lagi 4 kali scan. Baru lah kami tau cara gunakan kad tu.. 

Perut dah lapar.. Mata pulak masih tak mengantuk.. Cuma badan je tak berapa stabil sebab dah 2 malam tak dapat tidur yang sempurna.  Istiklal ni selain dari jalan utama.. sepanjang jalan tu ada banyak lorong ke jalan lapisan yang lain.. Bezanya jalan lain di buka kepada laluan kereta. di lorong2 itulah kami terjumpa restoran balkan lokantasi. Dari luar kedai lagi kita boleh nampak apa makanan yang ada.. Sebab dulu dah biasa makan makanan bosnia di UIA jadi saya tahu rasa masakan balkan ni memang sedap.. Jadi kami pun singgahlah untuk makan buat pertama kalinya di Istanbul. .. Caranya ambil makanan terus bayar dikaunter baru duduk..Berulang kali juga kami bangun duduk untuk tambah order. Memang sedap.. Masakan dia ala nasi campur.. Kami berbelanja jejak 1500 lira juga.. memang kenyang.. Tapi bila sampai di gelata kami makan lagi kerana nak makan sambil ada view gelata tower.

Kami meneruskan perjalanan melihat kedai2 berjenama di kiri kanan bangusnan.. Sama keadaannya ketika di Champ ellysees, Paris. Cuma yang ini lebih besar dan lebih meriah. Di mana ceruk pun ada kedai dan ramai orang. Sebelum jam 3 petang kami kembali ke hotel untuk menggantikan waktu tidor yang terhutang sekian lama.

 

 

 

Laju kami menuruni jalan Istiklal kerana tak sabar nak sampai di Gelata Tower

duduk makan di sini kerana ade view gelata

sebelum tu kami dah kekenyangan makan di Balkan Lokantasi.. Selera makanan orang bosnia


satu jalan yang sibuk di istiklal

bergambar kenangan di taksim square






Historical & Nostalgic tram

Sampai kesudah tak merasa kumpir di turkiye

menyesal tak posing sambil panjat pintu tram

anak ayah

No comments:

Post a Comment