bergambar dalam masjid biru |
Hari baru di Istanbul terjaga awal pagi yang masih gelap, mungkin semalam tidur terlalu awal. Menjengah ke tingkap melihat keadaan awal pagi kelihatan masih ada orang di jalanan. Sarapan pagi kami dihidangkan dengan roti ala subway dengan keju, salat, ham ayam, buah zaitun, tomato.. Rupanya inilah namanya turkish breakfast. Tak banyak perkara kami tau tentang turki dan sejarahnya. Mana yang sempat jelah kami baca.. Tak sangka banyak betul sejarah dari zaman kuno ROM sampailah ke sejarah turki modern. Kami di sini lebih nak bersantai-santai melihat negara orang. Jika dapat menghayati sejarahnya yang ulung maka itu satu bonus untuk kami bawa pulang.
Kami mulakan perjalanan selepas sarapan terus ke Taksim untuk belajar naik fenikular ke Kabatas dan seterusnya sambung ke sultan ahmet dengan Tram. Kami belajarlah untuk cek baki dan menambah nilai Istanbul card. Tiba di sultan ahmet pertama kali kami terjumpa dengan burung Seagull yang besar 2 kali ganda berbanding gagak, putih gebu bulunya dan bunyinya seperti siulan. memang indah ciptaan Allah.. Macam burung dari syurga.. kucing pun ada disini bermain di kawasan berumput yang mempunyai sedikit tinggalan binaan era empayar rom. Kucing pun cantik juga. Luar biasa comelnya. Memang geram nak tangkap dan belai seolah-oleh tak pernah jumpa kucing. kucing jalanan disini seperti dimiliki oleh golongan bangsawan. kita boleh jumpa kucing berehat di mana-mana dan ada kala di tempat yang tidak disangka-sangka seperti di atas susunan baju dalam kedai!
kawasan lapang di luar masjid memang tempat ramai orang bergambar |
inilah pintu masuk kawasan masjid biru |
Alhamdulillah cuaca sangat indah di sini |
Dimana-mana penuh dengan pelancong dari seluruh dunia |
kawasan rehat ada bangku panjang duduk sini selagi belum puas melihat keindahan Hagia Sophia dan masjid biru |
tempat ambil tram di kabatas |
dari fenikular yang melalui terowong |
dalam fenikular keretapi bukit sama macam di bukit bendera |
seronok naik fenikular |
masing-masing masih blur nak guna mesen topup |
Jalan2 di sekitar sultan ahmed memang best.. lebih tenang dan ada bangunan2 yang indah |
tekak macam dah serasi dengan makanan balkan |
tak pedas tapi sedap |
kene cari resepi ni.. mudah je |
antara aktiviti wajib ... |
venetta di sini 50% murah dari Malaysia.. RM 15 jer |
kawasan pejalan kaki yang luas |
makin hampir ke laut makin ramai orang |
akhirnya tiba di sirkesi park.. boleh lah makan pizza dan ice cream beli di migros tadi |
Pemandangan gelata tower dari sirkesi memang indah |
Bersebelahan sirkesi ada jeti Eminonu.. Boleh ke bahagian asia Istanbul dari sini |
di atas jambatan gelata |
dah selamat menyeberangi jembatan gelata untuk pulang |
sebelum balik ke taksim kita nikmati pemandangan senja |
berehat di istiklal sambil makan baklava |
No comments:
Post a Comment