Hari terakhir di istanbul kami penuhi dengan aktiviti shopping. Namun, sempat juga kami masuk ke basilika cistern yang merupakan tempat penyimpanan air bersih dibina zaman rom. Nak cari pintu masuknya sangat mengelirukan dan bila dapat masuk memang sangat mengejutkan. Rupanya bawah tanah di sebelah Hagia Sophia mempunyai dewan bawah tanah setinggi bangunan 3 tingkan dan seluas lebih 3 padang bola. Memang susah nak bayangkan kemampuan orang zaman dulu membina kemudahan bersaiz mega seperti ini.
Kami kemudiannya singgah makan tengahari di restoran Nur Muhammad milik GISBH yang kini mungkin sudah tutup. Dapatlah lepas rindu makanan Malaysia walaupun esok dah boleh balik malaysia. Selain dari grand bazar, kawasan disekitar hotel kami pun meriah dengan pelbagai kedai menarik. sebelum pulang ke hotel, kami makan lah buat kali terakhir order lah lebih sikit. Tak perlu takut kene scamm sebab restorannya agak besar dan mewah.
Percutian ini benar-benar melepaskan rindu kami sekali lagi dapat sampai ke benua eropah selepas 10 tahun menanti. Entah bila dapat kami ulangi kerana kosnya bukan murah. Itupun dapatjualah kami berjimat dengan cara DIY ini. Sekiranya di beri pilihan antara agen dan DIY kami tetap pilih DIY kerana kami ingin merasakan sendiri berada dicelah-celah rakyat tempatan sungguhpun ada jua keadaan yang tidak menyenangkan. Sekian untuk catatan travelog Istanbul Aku Datang....