Hari ke 3 di Munich Germany..
MUNICH YANG MENYERAMKAN
Sunguhpun kami sepatutnya ke Salzburg hari ni kerana kesilapan naik tren semalam, kami terpaksa membuat keputusan untuk melupakan Salzburg terus kerana kami memilih untuk meronda hanya di Munich sahaja. Yelah apa gunanya sampai banyak tempat tetapi tidak benar-benar mengenalinya.
Awal pagi kami dengan santainya memilih untuk berjalan saja ke arah Marienplatz yang terletak kurang 1km dari hotel kami. Sejak detik pertama kami tiba di sini, perasaan agak bimbang dengan persekitaran dan penduduk di bandar ini. Malam sebelumnya saya keluar bersama anak membeli kebab dan kedai kebab ni memang banyak ada di sekitar hotel kami. Harganya pulak sama mahal macam kat swiss. menyesal pulak tahan tak beli kat swiss. Jemu tekak makan barang instant. Kedai kebab ni pulak di selang selikan dengan Bar. Punyelah ramai kedai Bar tu waktu malam sampai ramai duduk luar tak boleh masuk dalam. Bayangkan kami terpaksa melalui sekumpulan pemuda yang sedang mabuk bersukaria di malam minggu. Tak berani nak bertentang mata dengan mereka. Harap tiada yang menegur atau mengganggu.
Ketika kami kembali ke hotel, sedang kami melintasi jalan, tiba-tiba ada satu tram yang telah diubah suai gerabak-gerabaknya jadi seperti disko melintas dihadapan kami sambil ramai orang didalamnya menjerit "CESS" dan mengangkat gelas minuman arak kearah kami. Dasyat sungguh budaya minum arak disini. Yelah, disinilah bermulanya perayaan OktoberFest sampai ade yang cuba anjurkan di Malaysia. Teringat lagi semalam ketika pulang dari Neuswanstein, kelihatan 4 remaja yang mungkin masih bersekolah menaiki tren kami sambil ditangan tiap-tiap mereka membawa bersama sebotol arak. Oleh itu, kami pasti perjalanan kami hari ini akan menyaksikan lebih banyak pemandangan yang sama dan mungkin juga gangguan dari pemabuk yang perlu kami lebih berwaspada.
Kami melalui kawasan taman menghijau di mana terdapat kemudahan seperti kerusi meja yang sudah tidak diselenggara bersama sampah dikelilingnya. Lihatlah betapa melihat sampah sajapun kita sebagai pelancong sudah ragu dengan tahap keselamatan sendiri. Jarak perjalanan tinggal separuh kami cuba menjengah ke laluan bawah tanah ke subway. Nama hentian ini Karlsplatz. Sungguh pun luas dan ada banyak ruangan berniaga kerana ia sebuah interchange, tetapi pada waktu awal pagi ia lengang dan manusia yang ada amat meragukan apa tujuan mereka berada di situ. Saya hanya berani menggunakan hujung mata memerhatikan gelagat mereka yang juga memerhatikan kami.
Baru beberapa saat mencari info di bilet kiosk ataupun mesin tiket, ada seorang pemuda cuba merapati kami. Kami terus beredar dan keluar dari stesen dan meneruskan perjalanan ke Marienplatz. Laluan ke Marienplatz adalah sebuah shopping street yang dibarisi jenama designer terkemuka dunia. Kami memasuki kedai bakery Rischart sebab pagi2 ni dia jelah yang buka.. Masuk saja kami dia sapa dengan Salam. Pekerja muslim di kedai ini membantu kami untuk beli jenis roti yang Halal.
Matahari semakin tinggi dan menampakkan keindahan bandar munich. Kami akhirnya tiba di Marienplatz, sebuah kawasan luas terletaknya Majlis Bandaraya Munich dan dataran dikelilingi bangunan. Sambil2 bergambar mengabadikan kenangan di bandar yang namanya gah tetapi kami kurang buat homework tentang sejarahnya selain dalam filem Munich, saya tercari2 ke manakah kami seterusnya selepas ini.
Syaratnya tempat yang boleh di sampai dengan hanya berjalan kaki, kami berjalan ke arah The Residence yang merupakan sebuah Istana yang telah dijadikan muzium. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan old town dengan kemegahan seni bina persis dalam game perang dunia (itu saja yang saya boleh kaitkan dengan pengalaman sendiri haha) Selesai melihat keindahan Istana dan taman Hofgarden yang terletak bersebelahan, kami keluar menuju Odeonplatz sebelum kami terpaksa pulang ke hotel kerana pampers anak dah bocor.
No comments:
Post a Comment