Search This Blog

Thursday, December 11, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 19

 

 


Penulisan travelog ini hampir menuju kepenghujung, namun saya tetap gigih menyiapkannya sungguhpun agak sukar untuk ingat perkara yang telah hampir 2 tahun berlalu. Dalam keadaan travelog ini belum siap pun kami sekeluarga dah terbang ke Osaka. Harap dapatlah juga saya menulis tentang Osaka yang ceritanya juga tidak kurang menariknya. 

Pengembaraan hari terakhir di Jerman juga ada kisah yang saya ternanti-nanti untuk catatkan disini. Tetapi saya dah lupa jenis tiket apa yang kami guna untuk ke Airport. Baik kita guna chatgpt saja. Malu bertanya sesat jalan...

 

" travel from Munich banhof to munich airport with 3 adult an 2 kids. what is the cost via normal metro train "

 

travel from Munich banhof to munich airport with 3 adult an 2 kids. what is the cost via normal metro train
ChatGPT said:

Here’s the approximate cost to travel from Munich Hauptbahnhof (main station) to Munich Airport (MUC) on the regular S-Bahn (train) with public transport tickets:

🚆 Standard Public Transport Ticket Options (S-Bahn S1 or S8)

1) Single Tickets (one-way tickets)

  • Adult: about €14.30 per person for a single trip from the city centre to the airport on MVV trains (S-Bahn). Introducing Munich+1

  • Children (6–14 years): about €1.90 per person for a single trip. Mapway
    (Children under ~6 typically travel free but check local rules at the ticket machine.)

If you buy individual single tickets for your group:

  • 3 adults × €14.30 = €42.90

  • 2 kids × €1.90 = €3.80
    ➡️ ≈ €46.70 total one-way

2) Group Day Ticket (Airport-City Day Ticket)

  • €30.50 total for up to 5 people (adults + kids) traveling together in Zones M–5, including the airport. MVV München+1

    • Count children between 6–14 as half an adult for this ticket. MVV München

This is usually much cheaper for a family group making at least one round trip on the same day.

💡 Note: This ticket is valid from purchase until 6 am the next day and covers unlimited trips in the MVV network including the S-Bahn.


Terbaik Chatgpt. yup itulah pilihan terbaik. Sangat murah nak travel dari hulu ke hilir guna group day tiket ini kalau nak bandingkan dengan di Swiss. Tapi yang ruginya kami hanya gunakan tiket ini hanya untuk ke Airport sahaja. 

Laluan ke airport ini memang mencetuskan panik. Kisahnya ketika dalam perjalanan ke sana. Kami ditegur oleh orang tempatan , seorang wanita tua dan seorang lelaki muda bahawa kami perlu berpindah ke gerabak di belakang. Kami tak faham kenapa perlu berbuat demikian. Lelaki muda itu siap menggunakan bahasa isyarat bimbang kami tidak mengerti bahasa inggeris. Dengan menggunakan dua tangannya untuk menunjukan aksi mematahkan sebatang kayu maka kami fahamlah bahawa train yang mempunyai 6 gerabak ini akan putus dua pada stesen berikutnya dan kedua-dua nya akan ke destinasi berlainan. Kami perlu keluar dan berlari ke gerabak belakang jika mahu meneruskan perjalanan ke airport. Apabila kami sudah keluar, lelaki tadi segera minta kami berlari kebelakang jika tidak mahu ketinggalan tren. kami dengan beg2 yang besar-besar ni berlarilah lintang pukang sambil sempat melihat yayasyifa yang masih blurr jauh tertinggal dibelakang. 

 Alhamdulillah, baik juga orang Jerman ni. Kalau mereka buat tak kisah sudah tentu entah manalah tren bawa kami jauh dari destinasi sepatutnya. Maklumlah, perjalanan ke airport ni memang tak boleh buat main. Lalu saya telah dapatkan khidmat airport transfer dari seorang rakyat malaysia yang mempromosikan perkhidmatan suaminya ditiktok. Perjalanan dari airport sebaik sahaja tiba dari Jerman telahpun ditempah. 

Tiba di hotel kami di Istanbul, kami memilih untuk tinggal di kawasan sultan ahmed. Masa kami tiba pun keadaan di Sabiha Gochen sudah gelap. Memang patutlah gunakan airport transfer. Kami kemudian menempah airport transfer untuk pulang ke Malaysia yang mana sebelum jam 3 pagi kami perlu tiba di sana. Agak lega sebenarnya bila dah tiba semula di Istanbul. Lega apabila Turkish Airline offer untuk check in semua luggage kami dengan percuma. bayangkan selama ini kami bertungkus lumus memikirkan bagaimana untuk meminimumkan berat beg besar kami kepada sekurang kurangnya 12KG sahaja. 

 Tiba di istanbul selepas check in di sebuah hotel yang agak luas dan ada banyak bilik, kami keluar semula untuk cari makanan. Terdapat beberapa restoran pakistan dan kami memang tak sabar nak makan di sini kerana sepanjang perjalanan dari Swiss dan jerman kami terpaksa layan makanan ready to eat yang memuakkan. Jumpa kebabpun punye la mahal. Tetapi di Turki lain pula permainannya. Kami seperti biasa akan order dan catatkan harga setiap makanan supaya mereka tidak bebas meletakkan harga sesuka hati mereka. tetapi hanya dengan satu order tambahan kari ayam menyebabkan kami terkena lagi. Tambahan order yang tidak mendapatkan harga terlebih dahulu digunakan kedai untuk meletakkan harga berkaliganda mahalnya. Terus hilang mood kami kejap. 

 Esok awal pagi saya sudah bersiap untuk ke masjid biru yang jauhnya sekitar 1.5 KM. hanya dengan berjalan kaki tak terasa jauhnya kerana keindahan setiap lorong dan bangunan di sepanjang jalan ke masjid memang sangat indah. Lagi pun rugilah kita tak gunakan sepenuhnya masa berada di sini. Selesai solat subuh saya berehat di bangku2 yang terdapat banyak dikawasan antara masjid biru dan masjid Hagia Sophia. 

Setelah selesai bersarapan di sebuah restoran besar dan indah dibawah hotel kami bersiap-siap untuk ke  Kadikoy iaitu sebelah asia Istanbul. Dari bayar mahal feri persiaran lebih baik guna feri awam yang lebih murah untuk menyeberangi selat Bosphorus. 

 

🚢 1. Direct Ferry (FASTEST & BEST OPTION)

Karaköy → Kadıköy Ferry (Şehir Hatları or Turyol)

  • Duration: ~20 minutes

  • Runs: Every 10–20 minutes depending on time of day

  • Cost: About ₺20–35 (public ferry is cheaper, Turyol slightly more)

  • Where: Karaköy ferry pier → Kadıköy ferry terminal

This is the most scenic and comfortable way.

 




































 

 

No comments:

Post a Comment