Search This Blog

Tuesday, December 9, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 18


 
 
Setelah selesai solat dan lunch kebab ataupun Durum (tak tahu apa nama sebenar) kami pun meneruskan perjalanan sesi petang ke Museum BMW. Kami mengambil beberapa train ke pinggir bandar dan lokasi Museum ikonik kereta jerman ini bersebelahan dengan taman rekreasi yang menjadi tumpuan ramai warga metropolitan ini untuk beriadah. Entrance fee ada menawarkan discount kalau masuk selepas jam 4 petang. Tetapi kami tidak mahu tunggu lagi sejam terus masuk saja guna harga biasa. 
 
Memang berbaloi masuk museum ini kerana seni binanya amatlah pelik dan mengelirukan. Barang pameran juga diatur pelbagai cara untuk tidak sekadar pameran semata. Setiap susunan mewakili evolusi rekaan. Kereta sudah jadi seperti arca agung hingga terpegun melihat setiap model lagenda yang dipamerkan di sini. Anak2 paling seronok kerana dapat belajar banyak perkara tentang automotif kerana bahan pemeran banyak yang berbentuk interaktif. Kereta mewakili zaman berbeza-beza memenuhi citarasa dari segi teknologi mahupun seni rekabentuk. Dapatlah juga kami memenuhi permintaan yayashifa yang nak sangat dapat masuk museum setelah satu muzium pun kami tak masuk di Istanbul kerana terlalu mahal.  
 
Selesai lawatan, keadaan diluar sudah gelap gelita. Kami kembali ke Marienplatz untuk menyaksikan keindahannya pada waktu malam sebelum pulang kerana esok awal pagi kami perlu bersiap ke lapangan terbang untuk kembali ke Istanbul.  
 
 






















 

No comments:

Post a Comment