Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Insaf dengan lirik lagu ini. Tiada perasaan hebat manapun apabila sampai ke puncak gunung ini jika kita tidak dapat rasakan kehebatan si Pencipta yang semestinya kekuasaan dan kebesarannya tiada tandingan oleh mana-mana mahkluk yang diciptakanNya. Allah ciptakan semuanya ini untuk kita. Adakah patut kita hanya sekadar berulang alik ke tempat kerja dan ke shopping kompleks pada hujung minggu padahal alam yang terbentang luas dengan pemandangan yang terhidang sentiasa menanti untuk mata melihat kebesaranNya dibiarkan begitu sahaja. Melihat kejadian alam jua adalah cara untuk kita mengenali Allah. Melihat pemandangan yang sama berulang-ulang setiap hari akan membuatkan kita semakin tidak menghargainya. Kesempurnaan Allah akan dapat kita rasakan apabila melihat sesuatu yang asing berbanding apa yang selalu kita lihat setiap hari. Allahlah yang Maha Besar lagi Maha sempurna. Kita yang serba kekurangan dan sentiasa memerlukan pertolongan serta perlindunganNya. Perkataan sebegini perlu selalu keluar dari mulut kita untuk singkirkan rasa bangga diri yang menyebabkan kita alpa apa kedudukan kita dan tugas di muka bumi. Pancaindera kita yang Allah kurniakan juga ada tujuannya. Walaupun melihat kebesarannya seperti mimpi, kesan kebesaran Allah yang ditinggalkan di dalam hati itu perlu kita jaga dan pelihara hingga kita bertemu denganNya.
Kami turun semula ke Murren setelah menghabiskan banyak masa berehat di restoran berputar dan museum James Bond. Ketika di hentian Birg kami singgah melihat platform tinjau di situ. Diperbuat dari jaringan besi membolehkan kita melihat terus ke bawah rasa gayat tingginya cerun gunung hingga terasa seperti mahu jatuh. Seperti laluan yang dicadangkan oleh Doris, kami turun ke Lauterbrunnen tidak melalui laluan yang sama. Dari Murren kami ke Stechelberg. Cablecar yang melalui cerun 90 darjah berdekatan dengan salah satu dari puluhan air terjun yang terdapat di sini.
![]() |
Kalau mata anda masih sihat, mesti boleh nampak jambatan gantung dalam gambar ni.. seram |
![]() |
Antara puluhan air terjun mencurah di celah cerun lembah Lauterbrunnen |
Sampai di Stechelberg, kami sekali lagi terleka hingga tertinggal bas kerana kagum dengan keberanian peminat sukan extreme bermain paraglider. Ada kawasan yang lapang untuk memudahkan mereka mendarat dengan selamat. Latarbelakang lembah gunung dengan hutan pokok pine yang menghijau memang mengasyikkan. Di seberang jalan pula ada trek yang mereka yang mahu berjalan kaki sepanjang sungai. Tidak mahu keletihan dengan bayi yang kami gendong maka beberapa keping gambar sajalah kami abadikan sebelum kembali menunggu bas untuk ke Lauterbrunnen.
Kami kembali ke Lauterbrunnen dengan menaiki bas. Lama betul kami berada di atas. Tak tahulah mana lagi tempat yang sempat untuk di kunjungi. Inilah sedikit ruginya itinerary kami. Kalau diberi peluang sekali lagi mahu juga maksimumkan sehabis boleh kelebihan Swiss Pass ni. Tapi akibat penjagaan masa yang terlalu longgar dan banyak bersantai maka pusing-pusing sekitar Lauterbrunnen sajalah. Pada asalnya hari ini patut boleh sampai ke Zermat dan Bern. Tak mengapalah. Memang tidak semua yang kita plan akan jadi semua. Jalan dengan baby 4 bulan pula tu. Mesti utamakan keselesaan dia.
Sepanjang laluan bas kami melihat ada ramai orang menanti giliran untuk menaiki helikopter. Memang cantik naik heli melalui lembah ini. Jangan sampai terlanggar paraglider sudahlah. Di sini semuanya kelihatan aman saja.. Masing-masing dengan aktiviti mereka.. ada yang berbasikal.. main ski.. atau hanya berjalan kaki menikmati keindahan alam. Tiba di Lauterbrunnen kami mengambil train untuk ke Interlaken. Nak tahu juga apa yang ada di interlaken ini. Tetapi sayang. Apabila tiba di sana, semua premis perniagaan sedang bersiap-siap untuk tutup. Bangunan di sekitar stesen pula macam biasa-biasa saja tak seperti apa yang kami lihat di internet. Bingung dimanakah sebenarnya tarikan pelancong untuk tempat ini. Tak lama lepas itu kami kembali semula ke Lauterbrunnen untuk berehat di hotel. Baru teringat, esok awal pagi akan bergerak ke Itali. oleh itu hanya sekarang sahaja peluang untuk kami beli souvenir. Tapi hampir semua kedai telahpun tutup. Ketika itu baru jam 6 petang. Hari hanya akan gelap jam 8 malam nanti. Setelah jalan sampai ke hujung barulah kami jumpa ada satu kedai bakery masih buka. Adalah sedikit souvenir terdapat di situ. Tiada jam dan tiada pisau Victorinox yang saya cari. Ambil sajalah beberapa jenis souvenir untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain sebab harganya terlalu mahal.
![]() |
Stesen keretapi Interlaken |
![]() |
Satu-satunya kedai yang menjual cenderahati.. Tak banyak pilihan.. |
![]() |
Melihat keindahan Lauterbrunnen buat kali terakhir sebelum hari gelap. |
No comments:
Post a Comment