Search This Blog

Friday, June 26, 2015

Bahagian 13 : London - Switzerland - Vanice - Paris


AYAM DAN ITIK MILANO CENTRALE


Beza.. Memang berbeza sebaik sahaja train yang kami naik memasuki sempadan Italy. Di Switzerland segalanya keihatan teratur, indah bak lukisan, tetapi apabila masuk ke Italy, melalui susunan bangunan serta kebersihannya jelas dapat rasakan perbezaannya. Di Chiasso ada 2 orang pegawai imigresen membuat pemeriksaan rambang ke atas identiti serta bagasi penumpang. Tak buat salahpun rasa berdebar. Manalah tau tiba-tiba saja ada pula masalah yang boleh timbul. Tiba di Milano Centrale kami keluar dengan penuh minat apa pula pengalaman bakal kami lalui untuk 4 jam transit di sini. Kelihatan banyak objek seperti kapas halus berterbangan dimana-mana. Tidak dapat pastikan dari mana ia datang. Keluar dari kawasan platform memasuki bangunan utama stesen keretapi itu hiasan arca patung yang menghiasi bangunan memukau pandangan kami. Terdongak-dongak melihat hiasan di bumbung bangunan stesen yang tinggi. Memang gah senibina orang Italy ini. Tak tahu ke mana arah kami pun berpusing-pusing melihat kedai-kedai yang ada dalam stesen termasuk menukar duit CHF yang masih banyak kepada matawang Euro. 

Setelah penat meronda di sekitar stesen kami pun cari tempat berehat sementara menanti train untuk ke Vanice. ketika berehat kami ditegur seorang lelaki dengan memberi salam. Saya seperti biasa ramah melayan lelaki dari pakistan itu berbual tanpa sebarang syak. Namun beberapa ketika kemudian datang seorang lelaki kulit putih berambut panjang dengan lengan yang penuh tatu merapati lelaki itu bertanyakan sesuatu. "Malaysia...Malaysia" kami terdengar mereka berdua berbual. Bimbang mereka ada niat tak baik terhadap kami sekeluarga kamipun dengan segera beredar dari situ. Masa masih panjang dan tidak tahu mahu ke mana. Diluar pula cuaca punyalah panas tiada beza dengan Malaysia menyumpah kami dibuatnya. Al maklumlah dah lama di negeri sejuk. Kembara berpuluh ribu batu tiba-tiba jumpa pula tempat yang cuacanya panas lebih kurang Malaysia. Nak ke Piazza Doumo yang merupakan ikon perlancongan di Milan takut tidak cukup waktu. Kami baru teringat perut masih belum diisi. Hanya berbekalkan croissant saja sepanjang perjalanan tadi. Kami pun mencari McDonald dalam bangunan stesen. Mulanya order kentang goreng besar. Oleh kerana masih rasa tak cukup, kami beli Fillet o Fish barulah hilang rasa pedih di perut. Makan di negara asing ni tidak boleh terlalu cerewet tentang halal. Cukuplah sekadar kita cuba elakkan memakan daging ayam dan lembu yang dikhuatiri tidak disembelih secara Islam. Ikutkan standard halal Jakim memang kebuluranlah kami sekeluarga. 









Patung kepala orang pakai topi bersayap tu sama dengan logo Versace






Jenuh baca bahasa Italy













Diorang pun ade tram jugak rupenye..Tak perlu panjang..Satu gerabak cukup..



Yayasyifa bergambar bersama gangster Al Kaponne haha

Kami masuk ke dalam kawasan platform. Hanya mereka yang mempunyai tiket sahaja boleh masuk ke dalam kawasan ini. Barulah rasa selamat sedikit. Saya cuba mendapatkan penjaga stesen untuk bertanyakan train ke Vanice. Berkali-kali saya tanya dalam bahasa inggeris tetapi jawapannya tetap dalam bahasa Italy. Beliau bercakap seolah-olah saya ni orang Italy. Hemm sayapun apa lagi belasah balik cakap bahasa melayu seolah-olah diapun orang melayu.. "Oooh yeke?"..."Bile tu?".. "Lambat lagi lah?".. rupanya kita masih boleh berkomunikasi dengan cara begini.. haha

Itali ini sungguhpun banyak bezanya dengan Switzerland... Jenama keluarannya menguasai pasaran dunia.. LV.. Brioni.. Lamboghini...Ferrari.. Prada.. Bata.. Gucci.. Hishh banyak lagilah... Memang kagum dengan kehebatan mereka. Saya yakin.. Lebih lama saya berada di sini ada kemungkinan besar saya boleh berbahasa Italy.. Padahal persediaan untuk kembara ini hanya sibuk belajar bahasa Perancis saja..

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment