Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

Bahagian 9 : London - Switzerland - Vanice - Paris

Catatan kembara untuk hari ke 5... 9 Mei 2015!... Boleh tak mula dengan gambar dulu....hehe.. Gambar-gambar ini diambil di sekitar hotel tempat kami bermalam.. Lauterbrunnen memang indah!


Bangun pagi agak lewat. Semua kepenatan dengan perjalanan semalam hingga sampai lewat malam. Jam 1 pagi baru nak lelapkan mata. esok paginya jam 10 pagi baru siap semua keluar hotel setelah bersarapan.. Hotel ni memang leceh sikit sebab toilet dan bilik mandinya perlu berkongsi. Dapur pun sama. Kami pertama gunakan dapur.. Sedang nak check-in sebab semalam tiba lewat sangat, terbau nasi goreng semerbak satu hotel. Rupanya ada sekumpulan backpacker anak dara melayu kita sedang memasak dibawah. Tak sangka betul. Kami dah sampai ceruk kampung negara asing ni pun masih lagi boleh jumpa orang melayu! Kami mendapatkan maklumat dari Doris pekerja hotel tentang puncak gunung manakan yang sesuai untuk keluarga kami kunjungi. Bebulan sebelum ini kami cuba mendapatkan maklumat tentang masalah bayi untuk naik ke tempat tinggi. Kami dimaklumkan oleh rakan bahawa di puncak gunung Titlis tidak membenarkan bayi untuk dibawa ke atas kerana masalah tekanan. Titlis sepatutnya kami kunjungi semalam. dan hari ini sepatutnya awal pagi kami ke Zermat. Namun inilah yang dikatakan.. "Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan." Isteri saya bersetuju untuk naik ke puncak tertinggi di Eropah..Jungfrau. Seorang perlu bayar RM 600 kerana Swiss Pass hanya berikan 25% dari jumlah tambang untuk naik ke atas. Perjalanan dengan train itu pula mengambil masa 2 jam. Sudah sampai dari jauh takut pula menyesal tak sampai ke sana. Walau bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan bayi kami tetap menjadi keutamaan. Doris mencadangkan kepada kami untuk melawat Schilthorn. Tidak sesuai untuk ke Jungfau kerana tekanan altitu tinggi, kesejukan dan kurangnya kandungan oksigen. Perjalanan ke schilthorn pula lebih dekat iaitu lebih kurang sejam untuk sampai ke atas. Beliau pun menunjukkan keadaan puncak gunung yang kelihatan lebat dengan salji. Video secara live itu dapat diakses oleh semua pengendali hotel di situ agar pengunjung tidak kecewa dengan masalah cuaca di puncak gunung. Kami pun tanpa kompromi membuat keputusan untuk naik ke Schilthorn. Doris memberikan map dan ditandanya pada map itu di mana untuk kami ambil cable car dan bas. 

Stesen cable car betul-betul berhadapan stesen train tetapi kami tersilap, memilih arah yang bertentangan. Namun apabila berjalan kaki untuk beberapa ketika hingga ke lembah bukit kami bertanyakan kepada orang tempatan di manakah stesen cablecar. Bila sedar kami dah salah jalan dan perlu mendaki semula maka kami pun mengeluh. Tetapi disebalik keluhan itu kami tersedar betapa cantiknya pemandangan sepanjang laluan ini.  Jika tidak kerana tersilap laluan sudah pasti kami tidak dapat merakam pemandangan Lauterbrunnen dengan sebegini cantik!














































Akhirnya kami tiba juga di stesen cablecar untuk ke Schilthorn. Setiap setengah jam itulah kekerapan trip cablecar dari Lauterbrunnen ke Grutschalp. Sampai ke Grutschalp sudah ada train pendek menanti untuk membawa kami ke Murren. Di Murren kami sudah terpana dengan pemandangan lembah berserta gunung ganang dilitupi salji. Kelihatan helikopter terbang lebih rendah dari kedudukan kami. Murren bandar comel dan teratur terletak di lereng bukit. Kami mengambil masa lebih di sini hingga tiada siapa lagi yang tinggal di bandar itu kecuali kami. Deretan kedai-kedai yang ada semua tutup. Tidak tahu apa sebabnya. 



























































i.

No comments:

Post a Comment