Kedai runcit orang Europe!
OOOOPS! Apeni? Sebelum terlupa, untuk makan tengahari kami singgah ke kedai berdekatan dengan apartment. Memang seronok bila masuk ke kedai runcit orang europe ni. Banyak betul barang kami tak pernah jumpa. Sepanjang perjalanan dari London, Zurich, Lucerne, Lauterbrunen, Interlaken, Milan, Vanice dan yang terakhir Paris kami tidak pernah lepaskan peluang untuk singgah ke kedai runcit orang Europe. Tu dia kesemua bandar-bandar yang kami sempat singgah ke kedai runcit mereka. Kedai mereka memang sangat kemas dan bersih seperti dalam bilik pameran. Kebanyakkan kedai ada section untuk bakery. Peluang untuk sama-sama beratur membeli-belah dengan orang tempatan memang pengalaman istimewa buat kami. Pelik? Inilah kelainan yang kami cari. Hari-haripun di Malaysia kami banyak menghabiskan masa berbelanja di pasaraya seperti Tesco, Mydin, AEON Jusco dan macam-macam lagi. Dapat masuk ke kedai runcit mereka ni kami rasa seperti sudah berhijrah dan menetap di sini. Itulah kelainannya! Inilah koleksi gambar sebahagian dari kedai-kedai runcit yang kami singgah sepanjang kembara ini.
MILAN
LONDON
VANEZIA
ZURICH
LAUTERBRUNNEN
LUZERNE
PARIS
Dan ini pula apa yang kami dapat di bawah apartment kami di PARIS! Memang tidak syak lagi PARIS adalah syurga makanan. Ramai yang kata anda akan jadi gemuk di PARIS!. Jangan risau, banyak makanan Halal di sini. Puas kami mencari pizza magharita seperti ini di Malaysia. Baik yang instant mahupun di restoran kami masih buntu untuk mencari piza yang paling tidak lebih kurang sama rasanya dengan apa yang kami makan ini. Pizza Magharita sama seperti Vegetable Pizza. Hanya ada Pomodoro (Tomato), Cheddar chees dan beberapa jenis sayuran. Tetapi pizza yang sama kami makan di DOME Malaysia hanya ada Pomodoro dan cheddar saja. Roti pizzanya pula kebanyakannya keras dan tebal, padahal yang kami makan di Paris lebut dan nipis. Kami telah pun makan pizza ini di restoran Vanice dan dibandingkan dengan yang frozen dari kedai runcit Paris ini memang tiada beza rasanya. Sangat sedap!
Patties atau daging burger dia pula punyalah tebal dan juicy. Puas kami cari di malaysia.. Yang kami dapat hanya yang keras dan nipis. Memang puas makan di Paris. Jelak pula makan maggi, rendang, kari dan nasi impit tiap-tiap hari hehe.
Champ Elysees & Arc De Triompe
Ok jom kita sambung kepada itinerary perjalanan kami seterusnya. Dua tempat yang cukup terkenal dan bersejarah wajib dikunjungi jika anda ke sini. Keluar sahaja dari stesen transit Charles De Goulle Etoile sudah kelihatan pintu gerbang gergasi yang juga monumen peperangan zaman Napoleon. Dikatakan dibawahnya ada ribuan mayat tentera perancis tertanam selepas tamat peperangan. Maka dengan itu ketika kami sampai di sini kebetulan ada acara memperingati wira negara yang terkorban. Macam istiadat hari pahlawan di tugu negara dululah. tetapi kini dah diharamkan kan...
Ini pula Champ Elysees. Hanya pandang belakang dari pemandangan Arc De Triompe. Lihatlah betapa ramainya orang di sini. Di kiri dan kanan jalan terdapat banyak butik menjual pelbagai jenama terkenal seperti LV dan LongChamp. Namun tidak seperti di Oxford Street, London, Deretan kedainya tidaklah panjang seperti yang saya sangka. Sekejap saja sudah sampai ke penghujung. Ketika kami di sini hujan renyai mulai turun. Sama je keadaan cuacanya di London. Asal petang saja hujan. Yang paling kecewa, hari masih terang dalam jam 6 petang sudah ada kedai yang nak tutup. Habis masa kami berlindung dari hujan di butik NIKE. Akhirnya kami keluar juga untuk mendapatkan train ke destinasi seterusnya.. De Louvre..
No comments:
Post a Comment