BONASERA!
Akhirnya kami sampai di Venezia Mastre. Kami perlu turun dari train untuk mengambil sambungan train untuk ke St Lucia iaitu stesen yang berada di pulau Vanice. Sebenarnya ada awal planning ketika membeli tiket untuk ke Vanice, saya rancang untuk mencari hotel di Venezia Mastre kerana dikhabarkan harga hotel di dalam pulau Vanice sangat mahal. Namun apabila saya berjaya mendapatkan hotel murah di pulau bermakna kami terpaksa sambung train lain untuk ke St Lucia. Ada juga cadangan agar kami tidak perlu turun dari train kerana train akan tetap ke St Lucia dan tiada siapa pun akan memeriksa tiket untuk perjalanan yang lebih kurang 10 minit itu. Tetapi apabila ada pengumuman train kami akan berpatah balik ke Milano Centrale dan tidak meneruskan perjalanan ke St Lucia maka kelam kabutlah kami turun dari train. Kami pun belilah tiket untuk ke St Lucia yang berharga hanya 1 Euro. Alhamdulillah, lega rasanya hati dapat menyelesaikan perjalanan Swiss - Italy ini dengan selamat. Tidaklah susah sangat sebenarnya. tetapi oleh kerana ini kali pertama kami ke luar negara dan terus membuat laluan ciptaan sendiri, memanglah tidak dapat tidak rasa bimbang itu pasti ada. Apabila segalanya selamat dilalui, jika berpeluang lagi datang ke sini saya tak perlu bimbang lagi.
Venezia Mastre adalah bandar pelabuhan yang modern. Tiada apa-apa monumen bersejarah kelihatan di sini. Bebeza dengan pulau Venezia yang terkenal sebagai kota cinta, padat dengan bangunan bersejarah yang indah. Sejarahnya yang panjang tak mampu saya nukilkan semuanya di sini. Pernah menjadi sebuah negara republik yang sangat berpengaruh dan kaya disebabkan kuasa meritimnya. Diiktiraf antara bandar yang paling cantik dan paling romantik di seluruh Eropah. Italian Job, The Tourist dan banyak lagi filem Holiwood menjadikan Venezia sebagai lokasi filem mereka. Terdiri dari ratusan pulau kecil yang dihubungkan jambatan, bersiar-siar di Venezia melalui lorong-lorong sempit menduga anda seperti permainan maze. Oleh itu kelengkapan seperti peta atau offline map memang perlu. Teruja untuk mengenali Venezia ini dengan perjalanan yang jauh kami perlu tempuh maka saya peruntukkan selama 3 hari 3 malam di sini. Ada yang kata sehari pun boleh bosan apatah lagi jika berhari-hari. Ada benarnya kata mereka tetapi mungkin tanggapan itu berbeza-beza bergantung kepada minat seseorang. Bagi saya, mungkin 2 hari satu malam sudah memadai kerana hampir seluruh pulau Vanice ini mampu kami jejaki hanya dengan berjalan kaki dalam keadaan membawa baby 4 bulan.
Tiba sahaja di stesen St Lucia kami sudah pun dihidangkan dengan pemandangan indah ini. Senibina di sini dipengaruhi empayar byzantine yang mana ratusan gerejanya mempunyai kubah termasuk yang paling besar St Mark de Basilica yang sama seperti blue mosque Turkey. Kami menaiki water bus betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi. Ketika menantikan boat kami datang, haripun mulai senja. Menaiki boat yang sarat dengan penumpang dengan tubuh yang semakin longlai tetapi terubat dengan keindahan Vanice si waktu senja.
Kami terpaksa transit boat di Piazza San Marco dan mencari jeti untuk mengambil water bus untuk ke Realto. Oh ya, tambangnya 7 Euro seorang. Kanak-kanak bawah umur 6 tahun percuma. Jika saya ke sini lagi mungkin saya tidak akan menaiki water bus. Jalan kaki melalui laluan Rio Tera Lista di Spagna yang meriah dengan pelbagai kedai lebih baik. Tak terasa jauh pun. Berbanding menaiki boat yang memakan banyak masa kerana membuat pusingan jauh, ditambah pula transit di San Marco yang memaksa saya mengheret beg yang besar meniki tangga jambatan yang besar. Kehadiran kami di hotel Caneva satu bintang ini di sambut dengan ucapan selamat petang/malam.."BONASERA". Nak ke bilik hanya perlu mendaki satu tingkat tangga. Kemudiannya melalui lorong yang panjang sebelum menemui bilik kami yang berada dihujung bersebelahan Wifi Area! Seperti dijanjikan, Bilik kami mempunyai pemandangan menghadap ke canal. Setiap masa ada saja boat yang lalu termasuk Gondola yang sangat terkenal tu.
Tiada pemanas air. Sayapun keluar mencari kalau ada kedai masih buka untuk membeli air mineral. Dah hilang penat seketika sebab jalan melenggang tanpa beg dan ada misi lain. Misi melihat suasana Gran Piazza yang dikatakan happening pada waktu malam. Dekat..Memang dekat.. Hanya perlu ikut saja pada signboard yang banyak di cat pada dinding-dinding bangunan. Terpegun dengan keindahan serta keluasan Piazza San Marco. Malam yang dingin sambil menikmati persembahan pancaragam percuma di restoran open air terdapat di sini. Ramai juga mat bangla menjual lazer dan lastik berlampu menggangu kita. Saya kemudiannya pulang dan singgah ke kedai bakery yang juga turun menjual Gelato dan air mineral. Kami masak untuk makan malam sebelum merebahkan badan untuk tidur..
salam..dari lauterbrunnen ke milano centrale boleh guna swiss pass ke? sbb die merentasi negara lain kan
ReplyDeleteWasalam, Maaf lewat balas. Tak sangka ada pertanyaan hehe. Ya betul swiss pass hanya boleh digunakan selagi masih salam swiss. Saya sambung dengan train berbayar dari Chiasso ke Vanice.
Delete