Search This Blog

Thursday, July 17, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 16

 


Istana Neuschwanstien   

Sebenarnya tidak pernah terlintas dalam hidup saya, Istana kayangan yang menjadi logo Disney dikenali sejak zaman kanak2 lagi rupa-rupanya benar-benar wujud. Benar lah kata Allah manusia zaman dulu diberikan lebih banyak kuasa dan kekuatan hingga seseorang mempunyai keupayaan menjadikan sebuah istana khayalan menjadi kenyataan. Itu baru masa diundurkan setakat tahun 1800 masihi. Belum lagi dikisahkan kehebatan kota purba Pompei yang mempunyai sistem air bersih dan senibina kota yang indah walaupun wujud beribu tahun yang lalu. Tetapi itulah kehebatan dan kemodenan yang dicapai sememangnya menjadikan manusia lebih sombong dan hanyut dengan kehidupan dunia. Sedikit nikmat sebagai gambaran kehebatan nikmat yang lebih besar menanti diakhirat rupa-rupanya menyebabkan ramai manusia terpana dan gagal ujian lalu tersungkur. Kisah raja yang boros bernama King Ludwig II kini menjadi tarikan membawa kami untuk melihat dengan mata kepala sendiri keindahan Istana yang pernah menjadi hiasan muka hadapan majalah Lonely Planet yang saya beli bertahun sebelum tiba di sini.

Namun kita hanya merancang... Setiba di kaki bukit dimana istana berada dipuncaknya, perasaan hampa menjelma apabila melihat sedikit bayang-bayang istana kelihatan disebalik kabus tebal. Hari yang lembab dan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan hingga tiba disini. Tetapi harapan tetap di panjatkan kepada pemilik segala keindahan agar kelibat istana semakin jelas dan kabus dihalau ke kawasan lain. Namun itulah harapan, keputusan tetap milik Dia. 

Untuk sampai ke Istana kami dipaksa untuk mendaki lebih 1 KM ke atas. Mujur kami tidak keseorangan. Ada juga perkhidmatan kereta kuda dan bas (laluan berasingan). Kereta kuda menggunakan jalan yang sama kami lalui. Maka bersepah tahi kuda dan jenuh kami mengelak sepanjang jalan. Suhu yang sejuk menjadikan pendakian kami agak santai. Bimbang juga aktiviti mendaki di menyebabkan kami keletihan hingga terpaksa patah balik. Tetapi alhamdulillah kami terus berjalan melepasi kawasan istana hingga tiba di Marean Brucke iaitu sebuah jambatan merentangi sebuah lembah bersungai yang sepatutnya menjadi lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan istana Neuschwanstien.  

 





















Tuesday, July 15, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 15

 

One Way Ticket to Switzerland 

Kisah perancangan kami untuk ke Switzerland dan kembali semula ke Turkey sebenarnya mengalami beberapa cabaran hingga menyebabkan kami terpaksa singgah di Munich Germany yang merupakan pilihan terakhir. Kami bermula dengan membeli tiket sehala ke Zurich melalui Turkish Airlines yang bertolak dari airport Sabiha Gokchen. Perancangan Trip tergantung disitu buat tompoh yang agak lama kerana buntu dengan pilihan laluan untuk kembali ke Turkey. 

Pada mulanya kami rancang untuk turun ke Italy dan bermalam di Lugano ataupun Como memanfaatkan swiss pass hingga ke sempadan Switzerland dan Italy. Walau bagaimanapun pilihan flight dari beberapa bandar utama Italy seperti Rom dan Milan amat tidak mesra bajet. Boleh pula terjumpa tiket untuk ke London dari Milan yang harganya satu family cuma RM 1K. Tiket ke Turkey dengan transit di Bilbao, Spain untuk 3 hari pun menarik juga. Tetapi untuk tidak merumitkan trip kami akhirnya menempah tiket tren dari Zurich ke Munich yang berharga RM 614 kerana flight dari Munich ke Turkey tak jauh beza dengan harga tiket untuk kami datang ke Zurich. Pembelian tiket kembali ke Turkey cukup melegakan untuk memastikan kami tidak terus tinggal di Switzerland dengan one way ticket! 

Hotel RM 1K jadi 3K

Setelah menempuhi perjalanan dengan Tren selama 3.5 jam maka tibalah kami di Munich Central Station atau Hauptbanhof dalam bahasa German. Mukabumi German amat berbeza dengan swiss kerana kurang berbukit bukau dan daerah Bavaria merupakan daerah yang tercantik di negara ini berbanding kawasan di utara German. Setibanya kami di Munich kami mengalami kejutan dengan keadaan Munich Central Station yang lebih teruk dari Puduraya zaman dulu. Bau kurang enak seperti air kencing dan kehadiran gelandangan bersama troli sampah mereka menjadikan suasana disini cacat dan menakutkan. Siap ada seorang lelaki mabuk terbaring dihadapan pintu masuk kedai serbaneka sedang dikejutkan 2 anggota polis. 

Kami bergerak ke utara bangunan stesen menuju ke hotel jaraknya cuma satu block.  Kami tak berani mencari hotel terlalu jauh dari stesen kerana pertama kami tiba lewat petang, bimbang kalau gelap lagi sukar untuk mencari hotel. Dan yang ke 2, kami masih belum faham cara bergerak menggunakan subway disini. Kami rancang esok pagi sajalah kami belajar guna public transport. Maklumlah, pertama kali sampai di German. Walaupun berjiran dengan Swiss tetapi seperti dijangkakan, kemajuan Swiss dari segi standard of living sangat terkehadapan. Ya lebih kurang sama dengan Singapura. Tetapi jiran2 Swiss ni teruk sangat. Tetapi dari segi cost of living masih jadi tandatanya. 

Setiba di hotel bermulalah satu lagi cabaran yang memerlukan tambahan kos yang tidak disangka2. Hotel di tempah hanya bernilai RM 1K untuk 3 malam, namun kami dipaksa untuk tempah lagi satu unit hotel kerana mereka tak benarkan kami tinggal berlima dalam satu unit. Memburukkan keadaan lagi, unit hotel tembahan pada hari minggu ratenya amat mahal dan bernilai 2 kali ganda dari harga yang kami dapat untuk unit pertama. Jadi kami perlu bayar RM 2K untuk unit kedua. Oleh kerana hari sudah lewat dan kami tidak mahu ambil risiko berjalan waktu malam di negara yang masih kami belum kenal lagi maka terpaksalah kami terima saja bilik tambahan itu. 

Mujurlah hotel ini memang sangat selesa dan canggih dengan blind tingkap kawalan jauh. Jauh lebih baik dari AirBNB ni Zurich yang sempit. Namun inilah kos bermalam paling mahal dalam trip kami iaitu RM 1K untuk satu malam. 

 

Tak Faham bahasa German, kami terpaksa lupakan Salzburg! 

Awal pagi kami telah tercegat di Central Station berpusing2 melihat papan electronic dan Kiosk. Di sini ada juga package perjalanan mana2 seperti swiss pass tetapi boleh beli untuk sehari namanya Bayern Ticket yang boleh di gunakan untuk sebuah keluarga dengan 5 orang dewasa atau 2 kanak2 sama nilai dengan seorang dewasa. Harga dalam 32 Euro saja. Masalah bermula apabila saya keliru dengan perkataan  "Aus" yang bermakna "dari".  Saya sangkakan Aus Salzburg tu tren ke Salzburg. Dah naik tren lihat di map ke arah lain kami dah cuak. Datang pemeriksa ticket pula kami jelaskan destinasi kami maka kenelah bebel sket. Katanya tiket kami ni tak sepatutnya tak boleh naik tren jenis ICE. Mungkin sepatutnya kene denda tetapi melihatkan kami ni pelancong maka dia hanya cadangkan kami turun dihentian berikutnya. Memandangkan kami telah berada separuh jalan ke arah barat munich, kamipun menukar destinasi dari Salzburg ke Neuschwanstein dimana terletaknya istana dunia khayalan yang menjadi inspirasi istana iconic Walt Disney!