Oleh kerana semalam hari yang cukup panjang dan memenatkan walaupun hanya ke satu destinasi, jadi untuk hari ke tiga kami agak santai dan keluar rumah pun dalam keadaan hari sudah terang benderang. Ikut plan sepatutnya kami akan ke Grindewald. Tapi ambil peluang ke kedai coklat Lindt kerana hasrat nak ke museum chocolate Lindt tak jadi. lebih kurang satu jam menanti jadual tren ke Interlaken kami pun bertolak ke sana tanpa sebarang perancangan yang specific. Menaiki tren dalam keadaan cuaca sudah terang memang mengasyikkan. Kami dihidangkan pemandangan tasik yang kebiruan dan gunung ganang dilitupi salji. Setiap sudut negara ini memang indah bak lukisan.
No comments:
Post a Comment