Matahari dah terbenam apabila kami kembali semula di Zermatt. Agak terkilan sebab tidak ada langsung gambar kami di sini ketika waktu masih terang. Sampai2 pagi tadi terus naik Train ke Gornergratt. Jadi terpaksa redho jelah bersiar-siar di zermat ketika waktu malam. Suasana malam di zermat memang cukup indah dengan lampu-lampu hiasan krismas masih dipasang. Pengunjung juga memang ramai macam di pasar malam tetapi dengan suhu mencecah 1 darjah celsius.
Tidak lama lepas itu kami tiba-tiba rasa tidak selesa kerana suhu sejuk semakin menjadi-jadi. Kami pun dengan berat hati terpaksa meninggalkan Zermatt membawa pulang magical moment winter wonderland yang selama ini jadi impian kami. Zermatt dan matterhorn menjadi kemuncak percutian kami yang akan menjadi kenangan terindah.
Perjalanan pulang kami yang memerlukan sambung beberapa laluan Tren sedikit terganggu kerana terdapat kerja-kerja maintenance. Kami terpaksa menukar laluan dan menyebabkan kami lewat tiba di Zurich.
No comments:
Post a Comment