Istana Neuschwanstien
Sebenarnya tidak pernah terlintas dalam hidup saya, Istana kayangan yang menjadi logo Disney dikenali sejak zaman kanak2 lagi rupa-rupanya benar-benar wujud. Benar lah kata Allah manusia zaman dulu diberikan lebih banyak kuasa dan kekuatan hingga seseorang mempunyai keupayaan menjadikan sebuah istana khayalan menjadi kenyataan. Itu baru masa diundurkan setakat tahun 1800 masihi. Belum lagi dikisahkan kehebatan kota purba Pompei yang mempunyai sistem air bersih dan senibina kota yang indah walaupun wujud beribu tahun yang lalu. Tetapi itulah kehebatan dan kemodenan yang dicapai sememangnya menjadikan manusia lebih sombong dan hanyut dengan kehidupan dunia. Sedikit nikmat sebagai gambaran kehebatan nikmat yang lebih besar menanti diakhirat rupa-rupanya menyebabkan ramai manusia terpana dan gagal ujian lalu tersungkur. Kisah raja yang boros bernama King Ludwig II kini menjadi tarikan membawa kami untuk melihat dengan mata kepala sendiri keindahan Istana yang pernah menjadi hiasan muka hadapan majalah Lonely Planet yang saya beli bertahun sebelum tiba di sini.
Namun kita hanya merancang... Setiba di kaki bukit dimana istana berada dipuncaknya, perasaan hampa menjelma apabila melihat sedikit bayang-bayang istana kelihatan disebalik kabus tebal. Hari yang lembab dan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan hingga tiba disini. Tetapi harapan tetap di panjatkan kepada pemilik segala keindahan agar kelibat istana semakin jelas dan kabus dihalau ke kawasan lain. Namun itulah harapan, keputusan tetap milik Dia.
Untuk sampai ke Istana kami dipaksa untuk mendaki lebih 1 KM ke atas. Mujur kami tidak keseorangan. Ada juga perkhidmatan kereta kuda dan bas (laluan berasingan). Kereta kuda menggunakan jalan yang sama kami lalui. Maka bersepah tahi kuda dan jenuh kami mengelak sepanjang jalan. Suhu yang sejuk menjadikan pendakian kami agak santai. Bimbang juga aktiviti mendaki di menyebabkan kami keletihan hingga terpaksa patah balik. Tetapi alhamdulillah kami terus berjalan melepasi kawasan istana hingga tiba di Marean Brucke iaitu sebuah jambatan merentangi sebuah lembah bersungai yang sepatutnya menjadi lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan istana Neuschwanstien.
No comments:
Post a Comment