Search This Blog

Tuesday, July 1, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 12

 

Tiba di Interlaken West, Kami yang masih dalam mode santai bebas bersiar-siar mencari apa saja yang menarik dipandang mata. Dari sungai jernih bersama itik jinak hingga ke monumen dan pohon2 pelik. Hasrat ingin mencari pemandangan tasik yang kami dapat lihat dari train tadi, tapi sayang tak mampu sampai kalau hanya berjalan kaki. Melalui jalan menuju ke stesen Interlaken east, kami menikmati suasana bandar ini dengan senibina bangunan unik swiss lebih tenang berbanding bandar2 utama swiss. Interlaken terkenal dikalangan pelancong yang menggemari winter sport kerana kedudukannya berada ditengah2 tarikan utama seperti Jungfrau, Zermatt dan Grindewald. Apabila tiba di Interlaken East kami terpaksa di sidai lebih setengah jam kerana ketinggalan keretapi untuk ke Grindewald. Hasrat nak ke Iseltwald pun terpaksa dilupakan kerana masalah bas untuk ke sana. Agak tergesa-gesa untuk ke grindewald kerana hari semakin lewat bimbang tidak cukup masa. 










































No comments:

Post a Comment