Search This Blog

Friday, December 12, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 21

 

 Hari terakhir di istanbul kami penuhi dengan aktiviti shopping. Namun, sempat juga kami masuk ke basilika cistern yang merupakan tempat penyimpanan air bersih dibina zaman rom. Nak cari pintu masuknya sangat mengelirukan dan bila dapat masuk memang sangat mengejutkan. Rupanya bawah tanah di sebelah Hagia Sophia mempunyai dewan bawah tanah setinggi bangunan 3 tingkan dan seluas lebih 3 padang bola. Memang susah nak bayangkan kemampuan orang zaman dulu membina kemudahan bersaiz mega seperti ini. 

Kami kemudiannya singgah makan tengahari di restoran Nur Muhammad milik GISBH yang kini mungkin sudah tutup. Dapatlah lepas rindu makanan Malaysia walaupun esok dah boleh balik malaysia. Selain dari grand bazar, kawasan disekitar hotel kami pun meriah dengan pelbagai kedai menarik. sebelum pulang ke hotel, kami makan lah buat kali terakhir order lah lebih sikit. Tak perlu takut kene scamm sebab restorannya agak besar dan mewah. 

Percutian ini benar-benar melepaskan rindu kami sekali lagi dapat sampai ke benua eropah selepas 10 tahun menanti. Entah bila dapat kami ulangi kerana kosnya bukan murah. Itupun dapatjualah kami berjimat dengan cara DIY ini. Sekiranya di beri pilihan antara agen dan DIY kami tetap pilih DIY kerana kami ingin merasakan sendiri berada dicelah-celah rakyat tempatan sungguhpun ada jua keadaan yang tidak menyenangkan. Sekian untuk catatan travelog Istanbul Aku Datang.... 

 

 

 













































 

 

 

 

 

Thursday, December 11, 2025

Istanbul.. Aku datang : Episod 20

 

 

 
Mengambil feri dari Imanonu terus ke Kadikoy, tak tahu kenapa Istanbul sekali lagi mempersonakan kami. Dengan cahaya matahari yang mencantikkan lagi suasana pagi, kami menyeberangi selat bosphorus di temani sekumpulan burung seagull yang menumpang laluan angin kapal yang menyebabkan kami terpegun seolah olah kami sedang terbang bersama burung2 itu. Tiba di Kadikoy ternyata keadaan di sebelah asia ini membawa vibe yang cukup berbeza. Kawasan ini penuh dengan pengunjung dari rakyat tempatan. Setiap lorong penuh dengan pengunjung dan peniaga. Kami mencari-cari kedai makanan yang pernah di review youtuber dan kami dapat juga merasa cheese cake yang dituangkan coklat diatasnya. 
 
Kami kemudiannya kembali ke imanonu untuk mencari Balek Ekmek yang popular di sediakan di atas kapal berhias sebelum menuju ke bazar mesir. Selesailah penerokaan hari ini. Esoknya hari terakhir kami  mulakan dengan shopping selagi boleh haha.