Search This Blog

Tuesday, June 2, 2015

Bahagian 6 : London - Switzerland - Vanice - Paris



Lama nak tunggu bahagian 6 ni. Saya sibuk buat video editing guna android. Boleh saksikan sendiri dalam page ini. Rasa macam mudah pula sampaikan perasaan kita melalui visual berbanding penulisan. Dahla bukan semua orang ada masa untuk baca nukilan panjang lebar ini. Saya sebelum ini bertahun aktif dalam penulisan berkisar politik dan agama. Baru nak berjinak-jinak dalam penulisan travelog. Sudah ada cadangan terbitkan buku. Satu cara untuk kita berkongsi dengan kumpulan masyarakat yang lebih selesa membaca buku berbanding blog. Sekiranya ada yang berminat apa salahnya buat duit sedikitkan. Kalau tak ramai sudi membaca travelog ini seperti blog saya yang lagi satu yang mencecah ratusan ribu pengunjung, saya tidak kisah. Ini adalah catatan memori saya bersama keluarga yang tercinta. Boleh dijadikan kenangan jika saya sudah tiada, selain sebagai bakti bagi mereka yang mahu berkelana melihat negara orang. 

Keluar kejap nak cari air mineral.. Snap sana-sini.. Memang jakun betul lah!

Tibalah masanya untuk catatan yang dinanti-nanti iaitu hari kedua kami di bumi Switzerland. Pagi yang indah di Zurich, 8 Mei 2015,tarikh hampir sebulan yang lalu. Cuaca di sini yaman dan tiada serangan angin sejuk yang menyakitkan. Kaya dengan sinaran matahari. Malah ada sahabat yang memaklumkan walaupun musim bunga di Eropah belum berakhir tetapi di Switzerland sudah musim panas. Panas hanya untuk melengkapkan kitaran 4 musim namun cuacanya yaman seperti di Cameron Highland, Malaysia.

Apartment kami kecil namun lengkap serba serbi dengan kemudahan. Sarapan pagi ini macam lauk raya. Ketupat, rendang ayam dan sambal kacang. Pada awalnya rancangan kami ingin bertolak awal pagi bagi memanfaatkan hari pertama Swiss Pass boleh digunakan, Namun apakan daya, kami terpaksa terlebih dahulu mencari ganti beg yang telah rosak keempat-empat rodanya. Semalam petang jam 8 saya sempat bersiar-siar lingkungan 100 meter dari apartment. Tapi sayang kedai banyak yang sudah tutup. Hanya cari air mineral je. Dapatlah 2 biji botol air "sparkle". Kehairanan mengapa air kosong ini bergas. Barulah saya tahu ada 2 jenis air mineral yang mereka jual. Dah salah beli baru tahu ada jenis yang lain rupanya. Sebotol kecil 1 CHF harganya.. Di London botol mineral 1.5 liter baru 70 pence. Apa lagi.. masak air sendirilah untuk kurangkan beli air mineral.


Baru jam 6 petang dah tutup.. 

Jalan sempit ni pun ade tram lalu

Tak berani masuk.. Patut masuklah.. At least tahu berapa harga French Fries die kan..

Ok dah mark kedai beg.. nak taknak mahal mana pun kene beli jugak beg baru kat sini.. nasiblah..

Ni tempat kitorang turun tadi.. stesen Limmatplatz.. 

Ni lah cara diorang jaga kebersihan bandar.. 



Lebih kurang jam 8.30 kami keluar. Kami lihat semula kedai beg yang jaraknya dari apartment kami sekitar 50 meter sahaja. Keadaan di sini dari semalam pun sunyi sepi. Kedai pun belum buka lagi. Kereta memang tak banyak. Basikal lebih kerap kelihatan memecut di sana-sini. Orang di sini memang nampak jelas kebanyakannya datang dari golongan elit. Cara mereka berpakaian tiada yang fancy-fancy seperti di London. Mengambil tram nombor 17 dari Limmatplatz. Tram yang sama kami gunakan untuk datang ke sini dari Banhof HB. Tiada idea lain maka kami pun turun juga di tempat yang sama. Dari Banhof HB kami berjalan menuju ke bangunan gereja yang mempunyai menara berkembar. Bangunan ini adalah ikon bagi Zurich. Boleh kelihatan dari Banhof HB. Bangunan Banhof HB dan bangunan sekitarnya pun sudah kelihatan cantik dan unik sekali seni binanya. Kami seperti berjalan di kota istana fantasi dalam filem animasi Shrek!

Turun dari Tram di Banhof.. Ayuh kita explore Zurich!

Di belakang tu muzium rupanya.. Cantik!

Diorang mungkin dah boring tgk bangunan2 ni.. bagi kami.. waahh cantiknya

Jalan sikit snap.. jalan sikit ...snap..

Tak tahu mana arah tuju.. Kita jalan jelah sepanjang sungai ni.. 

Memang banyak menara jam di sini.. Cantik2 pula tu.. Macam menara istana Shrek pun ada.. Yleah Swisskan terkenal dengan keparan rakyatnya membuat jam ternama..

Bangunan disepanjang jalan ini memang mempersonakan..


Sunyi dengan kenderaan.. tetapi tak sunyi dengan basikal.. Laju betul mereka kayuh..


Kenelah bekorban bawa baby kebanyakan masa takut nanti puan wife letih dah tak mahu jalan jauh2..

Ha ini lah gambar yang jadi banner blog ni.. heheh memang terbaik.. Suke kubah menara jam blue turquoise tu..  

Map tram.. Jangan takut nak baca.. Bukan semua laluan tram kita nak naik hehe


Tak dapat bawa balik Malaysia kita bawa balik gambar sajalah.. Puan wife pun rela ambil gambar kami dengan orang zurich pemberi roti percuma ni.. memang cantik2 kulit orang kat sini..

Hah ni negara serba serbi mahal dapat roti free... 

jenuh memikirkan alat apakah ini... Ia adalah lift untuk OKU berkerusi roda.. Sangat prihatin


Sambil ditiup angin yang dingin menyegarkan. Dihidangi pemandangan indah

Kedai H&M kat sini.. Tengok dari luar sahaja ok

Lihatlah tingkap mereka di lorekkan seperti tanda amaran 

Air sungai mengalir tenang.. Setenang bandar Zurich..

Akhirnya sampi juga ke mercutanda bandar Zurich ini.. 


Kedai ICE watch yang jual kat Lazada murah2 tu.. Bukan buatan swiss ok

Nak lalu kat jembatan ni jugak. 



Terima kasih Allah .. Sampai sini kami berjalan... 

Sudah hampir ke muara sungai.. apalah lagi tarikan yang ada di sini.. Kami teruskan perjalanan..




Bersama menara berkembar..

Dari sini pun sudah kelihatan banjaran Alps yang dilitupi salji.. Teruja sangat nak ke sana


Dah duduk dalam frame 12 R pun gambar ni.. like it!

Tak rajin plak nak tahu siapa ni.. 

Menara jam tercantik !



Kami berjalan sepanjang Limmatquai (baru tahu nama jalan tu) entah mana arah tujuan. Hanya mahu bersiar-siar di bandar. Akhirnya kami sampai ke penghujung muara sungai Limmat. Pada mulanya ingin menggunakan Swiss Pass kami dengan menaiki boat. Namun cik puan tertarik untuk melihat pasar tani orang Zurich yang berada bertentangan dengan jeti boat. Memang sangat menarik!.. Bau segar sayuran dan gerainya sama seperti pasar-pasar di Malaysia. Bezanya orang Zurich yang berniaga dan membeli-belah di sini. Mata kami meliar mencari-cari apa yang boleh dibeli. Di mana-manapun ada bakeri termasuklah di pasar ini. Hanya ada roti, bunga-bungaan, sayuran, buah-buahan, keju... Tiada pula daging mentah dijual di sini. Lama juga kami menghabiskan masa meronda di pasar yang besarnya hanya sekadar separuh padang bola.


Berani tak nak bawa anak dok belakang ni.. Diorang kayuh laju beb

Dengan secara tak sengaja kami bernasib baik kerana berpeluang bersiar-siar dan membeli belah di pasar Burkiplatz

Memang gebu2 semua.. tentunya sedap

Ada sebab orang suka selfie.. boleh adjust how do we look b4 snap..

Yaya pun suke datang sini

Lama juga kami lepak2 di sini.. Macam ada banyak masa je.. 

Keju raw..

Sumpah memang sedap.. Tak tahu nak cari kat mana di Malaysia

Bukan senang nak snap budak umur 4 bulan ni senyum.. manjang serius je

Macam nak cari chees cake pulak malam ni..

Strawberry segar orang Switzerland

Tak tahulah buah apa.. Kami memamg suke jumpa mende pelik2 ni





Berehat di tepi muara tasik sambil makan rasberry.. Memang kenangan betul lah..


Akibat masa pun semakin suntuk kami tangguhkan saja niat untuk menaiki boat. kami ada lebih kurang 2 jam lagi untuk check out ketika itu. Untuk menjimatkan masa, kami menggunakan tram untuk kembali ke Zurich Banhof HB. Maka terbelek-beleklah kami map laluan tram di stesen yang betul-betul berhadapan dengan pasar. Sekejap nak naik line coklat sekejap nak naik line hijau.. Bukan senang nak fahamkan map. Kalau tersilap pun tiada masalah sebab kami ada Swiss Pass. Cuma tidak mahu buang masa bila naik salah tram. Akhirnya dapat juga naik tram yang betul. Ketika didalam tram kami lihat jalan yang kami lalui ( Banhofstrasse) penuh dengan kedai-kedai berjenama sama seperti di Oxford Circus London. Aduh, macam nak lompat saja dari tram, tapi takut pula makan masa menjalan nanti. Apabila terlihat kelibat stesen Banhof HB dari jauh maka kami pun turun dari tram untuk mengambil peluang masa yang tinggal sedikit ini untuk shopping apa yang sempat. Kalau tak kerana check out sudah pasti kami tak perlu tergesa-gesa macam ni. Ada pula banyak offer di kedai-kedai sepanjang jalan ini. Harganya?.. sangat mengejutkan.. Murah! Lihat masa yang ada memang sangat kejam jika tidak beri peluang isteri berbelanja. Saya kata "tak mengapalah. Nanti kita bincang dengan orang hotel check out lewat sikit." Jika diberi peluang untuk datang ke sini lagi sudah pasti kami mahu masa yang lebih untuk Zurich. Setelah selesai kami terus bergegas ke kedai bag dan berjaya membeli beg baru yang berjenama Samsonite. Lebih murah dari beg-beg yang kami survey di London. Malah ada jenama yang lengkap dengan warranty 5 tahun lagi. Memang berbaloi! Kami bertanyakan kepada receptionist sama ada kami boleh check out lewat dan apa chargenya. Alhamdulillah, mereka benarkan check out lewat sejam tanpa sebarang bayaran tambahan. Sambil memindahkan barang-barang ke dalam beg baru, kami sempat makan tengahari. Tepat jam 1 petang housekeeping mereka pun sampai. Saya minta tolong mereka buangkan beg yang rosak. Hai beg dari Batu Pahat berakhir riwayatnya di Switzerland..

Yang ni yaya yang snap

Di jeti boat untuk pusing tasik..

Dah makin jelas banjaran Alps

Ok kiter cari pulak camner cara nak balik hotel

Berani betul budak ni dok jauh2 sana

Seronok naik tram..

Jalan ni sibuk dengan shoppers

Rasa macam nak turun dari tram sekarang!

Turun Tram bila dah nak sampai Banhof pun

Bendera 4 segi sama ada di mana2


Indahnya pemnadangan ni


Sempatlah pulak Puan wife beli baju buat kenangan.. CHF 10 je selai.. Murah pulak.. 


Daun2 pokong ni pun nampak cantik...



Tangkap leleh dari luar sajalah

Yeah.. akhirnya terpaksa beli juga beg baru.. yang ni paling berbaloi.. Harga biasa dalam RM 1K rasanya.. yang ini kami dapat dalam kurang RM 600.. oklah.,. nak pakai lama

Balik sempat makan tengahari.. Yaya dah lapar

Makan kenyang2.. 


Bersambung...

No comments:

Post a Comment