Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Bahagian 4 : London - Switzerland - Vanice - Paris


Tukar pampers baby dihadapan Tower of London


Bawa anak bersama

Isu ini memang besar bagi traveler. Anak-anak saya masih kecil, mereka belum lagi mampu untuk menghargai betapa banyaknya pelaburan perlu dikeluarkan untuk sampai ke tempat-tempat yang jauh ini. Namun bagi saya keluarga itu umpama tubuh yang satu. Tanpa salah satu angotanya akan terasa seperti kekurangan yang boleh merencatkan mood untuk bercuti. Ini bermakna kehadiran anak-anak bersama adalah untuk diri kita sendiri. Walau susah macam manapun, kita mahu anak-anak ada di depan mata. Tidak perlu ada perasaan rindu atau risau yang merencatkan setiap saat menyedari mereka tidak bersama kita. Apatah lagi jika percutian itu mengambil masa yang cukup lama. 

Bersabar dengan kerenah

Kerenah anak-anak itu biasalah. Apa yang saya hadapi dengan membawa seorang budak perempuan 5 tahun dan seorang bayi lelaki 4 bulan adalah perkara biasa yang kita lalui setiap hari. Saling berganti-ganti menangis. Mengaruk dalam train dan fligth. Tukar pampers. Biasalah. Perlulah saling bantu membantu. Sebelum ke sana lagi kami saling mengingatkan jangan kerana kerenah anak-anak kita pula yang gagal mengawal diri sendiri. Kena sabar dan cari cara untuk kurangkan atau atasi masalah. Tidak boleh jalan berterusan hingga tiada masa langsung untuk berehat. Memang rugi sedikit masa kita dan mungkin kita terpaksa skip beberapa tempat untuk dilawati kerana ingin selesa dan tidak mahu tergesa-gesa bersama anak-anak. Sekiranya perlu bersiap awal pagi untuk kejar flight, buatlah perancangan agar masa yang diambil untuk mempersiapkan anak-anak adalah cukup. Rancang perjalanan anda sebaiknya agar keluarga anda  tidak sampai dipaksa untuk tidur di kaki lima atau dibangku-bangku stesen keretapi. 

Menyusu tidak kira masa. Untung menyusu badan


Kos

Kos membawa anak pula tidaklah terlalu tinggi. Bayi adalah percuma pengangkutannya melainkan Air Asia yang mengenakan RM 50 flat rate bagi setiap bayi. Percuma bagi MAS, EasyJet, Eurostar dan segala train , bus dan tram. Begitu juga dengan penginapan. Bagi kanak-kanak umur 5 tahun pula tiket penerbangan adalah lebih murah. Percuma untuk ke semua pengangkutan train, bus dan tram kecuali Eurostar dan Pregio Italia. Perkhidmatan water bus di Venice pula hanya mengenakan charge untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas. 

Keselamatan dan kesihatan

Sebelum ke sana, persiapkanlah segala keperluan seperti ubat-ubatan. Berdoalah semuanya sihat sebelum dan sepanjang perjalanan. 2 minggu sebelum bertolak, anak perempuan saya mengalami batuk yang berpanjangan. Doktor pula mengesahkan beliau mengalami jangkitan paru-paru. Kami jaga pengambilan ubat-ubatan yang perlu di habiskan dan sentiasa monitor kesihatannya sepanjang percutian. Kami juga mendapatkan maklumat berkenaan masalahnya dihadapi bayi yang baru berusia beberapa bulan untuk pergi ke tempat-tempat tinggi dan sejuk. Mata sentiasa awas dan usah biarkan anak-anak bebas berkeliaran tanpa pengawasan kita. Di tempat orang jauh dari sanak saudara dengan budaya dan bahasa yang cukup berbeza, kita tidak mahu percutian berakhir dengan tragedi (minta Allah jauhkan). 

Baru lepas kene marah.. Hampir-hampir Yayasyifa kene tinggal dengan family angkat di Switzerland. Berlari masuk ke pintu train yang hampir tutup..
Keadaan dalam mini bus easybus..


Pemandu easybus yang hampeh

Pada awal pagi 7 May kami bersiap awal untuk penerbangan ke Zurich dengan EasyJet pada tengahari. Kami telah pun menempah lebih awal easybus yang menyediakan perkhidmatan yang cukup murah untuk ke airport Luton. Kami tiba awal di Baker Street. Sempat lagi berposing dihadapan bangunan museum patung lilin yang cukup terkenal Madam Tussaud. Tidak jauh dari situ adalah perhentian bas untuk ke airport Luton. Apa yang saya difahamkan, sekiranya kita tertinggal bas untuk masa yang telah ditempah, kita boleh naik bas yang seterusnya. Maka jika sampai lebih awal apa salahnya jika kita naik saja bas itu agar tenang untuk urusan departure nanti. Pemandu bas membenarkan kami naik bas setelah melihat ada lagi tempat kosong yang boleh diisi. Sepanjang perjalanan sikecil tidak sudah-sudah meradang. Saya duduk dihadapan sekali sebelah driver, tak dapatlah membantu isteri saya yang bersama anak dibelakang.

Saya sesekali memeriksa aplication MapsME untuk melihat adakah kami telah hampir dengan airport. Melalui pemeriksaan saya, bas kami sedang menghampiri Stansted Airport. Saya fikir mungkin bas ini akan ke airport Luton selepas itu. Alangkah terkejutnya saya apabila semua orang mengosongkan bas. Pemandu itu pun meminta kami keluar. Saya pun memaklumkan bahawa kami tidak mahu ke Stansted, kami mahu ke Luton, sambil menunjukkan tiket. Beliaupun menepuk dahi dan meminta maaf kerana tidak perasan tentang itu. Saya minta pemandu itu hantar kami ke Luton juga. Tetapi beliau sekali lagi meminta maaf kerana tidak dapat membantu. Dengan slang Irishnya yang pekat sukar untuk berkomunikasi dengan kita, maka saya pun beralah dan mencari jalan macam mana nak ke Luton. Memanglah pasrah habis masa tu kerana segala persiapan keluar lebih awal adalah dengan harapan kami dapat sampai awal ke airport. Kini makin lambat pula jadinya. 


Dalam keadaan tergesa-gesa pun sempat tenang menikmati keindahan kawasan luar bandar 

Jauh perjalanan luas pemandangan.. 


Saya tetap tenang dan fokus untuk selesaikan masalah. Masa sudah menunjukkan jam 10 pagi. Kami perlu sampai sebelum jam 11.20 pagi. Cadangan untuk menaiki bas kembali ke Victoria sembelum disambung dengan bas lain untuk ke Luton mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Lalu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan taksi airport tidak kira berapa pun kosnya. Janji kami sekeluarga tidak ketinggalan flight ke Zurich. GBP 95 atau bersamaan RM 522. Itulah jumlah yang kami perlu leburkan. Tutup mata saja untuk jumlah itu. Memang itulah gunanya peruntukan kecemasan.

Driver taksi menjangkakan kami akan sampai ke Luton yang terletak di utara London dalam masa sejam 15 minit. Beliau menggunakan jalan luar bandar yang melalui jalan sempit. Pemanduan yang agak laju kerana kejarkan masa kami hingga anak saya Yayasyifa pula mengadu mabuk dan nak muntah. Apabila dia muntah dalam plastik roti kami, maka driver yang pada awalnya ramah mula memberi amaran jangan sampai muntah anak saya terkena kerusi teksi.. Aduh.. sabar jelah. Sepanjang jalan yang dilalui teksi itu kami berpeluang melihat keindahan ladang canola dan melihat secara dekat ladam kuda serta rumah tradisi inggeris dengan tumbuhan yang menghijau. Ada hikmahnya kejadian ini semua. Banyak perkara yang kami dapat belajar dan saya bersyukur kami laluinya dengan tenang. Sampai juga kami ke Airport Luton. 





Setibanya di airport kami bergegas untuk check in bagasi dan membayar GBP 60 untuk tujuan itu. Beratur panjang untuk pemeriksaan keselamatan. Terdapat banyak dispenser untuk beg plastik sepanjang lorong. Kamipun beli 2 beg plastik yang diisi salam bekas berbentuk bujur telur. Bekas telur itu saya berikan kepada Yayasyifa (memang mainan feberet dia) dan berfikir apalah gunanya beg plastik ini. Kemudian kami terbaca arahan segala bekas yang berisi cecair tidak melebihi 100ml perlu diletakkan di dalam plastik tadi. Apabila sampai giliran kami untuk diperiksa.. nah ambik kau.. Gel rambut yang masih penuh, kicap ABC dan krim pati halia mustajab masih baru dibuang begitu saja kerana isikandungannya melebihi 100 ml.. Aduhh... Patut semua barangan itu saya masukkan dalam beg yang dicheck in, Prosedur ini semua tidak berlaku di KLIA pun. Alahai macam-macam kisah lah hari ni. 

Setelah selesai kami pun berehat di ruangan depature sambil menunggu flight ke Zurich yang dikhabarkan terpaksa delay selama 40 minit dari jadual asal. Apabila sudah berada dalam flight, masing masing pun lega dan melupakan kisah-kisah sebelum itu sambil menikmati perjalanan indah ke Zurich. Macam tidak percaya pula, baru sehari dua di London. Kami kini hampir tiba di Zurich, Switzerland...




Bersambung...

2 comments:

  1. Tumpang tanya, flight utk infant percuma ke? Sbb masa saya ke london dgn MAS tahun 2014, baby saya tetap kne charge dlm 400 lebih seingat saya.. mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hafeeza, dah lama lepas saya siapkan blog ni baru saya perasan ada MAS ada charge dengan jumlah yang awak sebutkan.

      Delete