Search This Blog

Friday, May 29, 2015

Bahagian 5 : London - Switzerland - Vanice - Paris

Switzerland Negara Khayalan

Tidak ramai sebenarnya traveler berkongsi pengalaman mereka menjejaki negara Switzerland ini. Apabila sebut namanya saja pasti ada saja suara-suara yang melabelkan ia sebagai negara yang mahal. Negara yang bakal merosakkan percutian bajet anda. Namun pada hakikatnya, dari 4 negara yang kami kunjungi, Switzerland adalah negara yang terbaik dan paling banyak meninggalkan kenangan manis buat kami. Kerana Switzerland, tawar sudah rasa keterujaan kami di Vanice, Paris dan London. Keindahan Switzerland sebenarnya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya puji-pujian kepada Maha Pencipta saja yang mampu kami lahirkan. Di mana saja laluan kami, pemandanganya indah bak lukisan! Mungkin juga ia dapat membantu kita memahami bagaimanakah pula keindahan syurga dan menghargainya sebagai sebaik-baik tempat untuk kembali. Bersyukur dan mohon agar Allah kekalkan diri kita dalam hidayah dan terhindar dari kealpaan yang menafikan hak  untuk kita ke "sana". 

Dari dalam perut kapal terbang lagi saya sudah terjenguk-jenguk melihat apa pula perbezaannya negara ini. Apabila terlihat bendera negara itu yang banyak dikibarkan di luar bangunan airport, saya seakan tidak percaya dapat jejakkan kaki ke Switzerland. Baru beberapa hari cuba untuk mengenali negara asing, kini kami perlu menepuk pipi berkali-kali untuk mengesahkan bahawa apa yang kami lalui ini bukanlah sebuah mimpi! 

Geleng kepala mat saleh lihat kami berposing dihadapan gambar forklift nih.. hehe nama pun baru mendaratkan..

Setelah mendapatkan bag kami, menerawanglah kami berpusing tanpa tujuan di Zurich Flughafen ini. Segala kemudahan di sini seperti disaluti stainless steel  (chrome) yang eksklusif hingga tandas pun kelihatan seperti bilik pameran. Menuruni eskalator mengikut tanda arah berbunyi "Ausgang" yang kami jangkakan pasti ia membawa kami keluar. Kami sempat singgah ke kiosk tourism mereka. Di situ, segala maklumat untuk traveler dalam bentuk pamplet dan majalah yang tebal-tebal muka suratnya boleh di ambil secara percuma. Menyeberangi jalan untuk ke bangunan stesen kereta api, Kami kemudiannya singgah ke kiosk Swiss Travel System. Sangat penting kiosk ini. Di sinilah segala urusan pengangkutan sepanjang perjalanan beberapa hari termasuk tempahan keretapi dari Chiasso ke Vanice dapat diselesaikan. Kami membeli Swiss Pass di sini. Lebih murah dan tak perlu beli lebih awal kerana ia sentiasa available. Perbincangan berkenaan kelebihan serta mengapa kami memilih Swiss Pass ada pada post saya dalam bahagian pertama

Kebanyakkan kemudahan di sini adalah diperbuat dari stainless steel (Chrome).. Like it!


Banhof ini hanya bersebelahan dengan Flughafen.. Sangat modern dan up to date..


Sangat membantu dan mesra pelanggan! 

Pegawai yang melayan kami memuji saya kerana bijak menggunakan kelebihan Swiss Pass untuk menyambung perjalanan ke Vanice, Itali. Route yang saya reka sendiri. Beliau juga mencadangkan agar kami tiba awal di stesen Milano Centrale agar tidak ketinggalan train untuk ke Vanice. Kerana akur dengan cadangan ini, kami memutuskan untuk skip hasrat singgah ke Lugano. Agak terkilan kerana kami tidaklah mempunyai masalah untuk mengenalpasti platform dan mencari sambungan train dalam masa yang singkat. Namun kerana tidak mahu tergesa-gesa dan kami juga rasa ragu dengan keadaan susunan platform di Milan maka kami turutkan juga nasihat beliau. Di kaunter yang sama juga kami membeli tiket train untuk ke hotel kami di Zurich yang bernilai CHF 6 setiap dewasa (kanak-kanak adalah percuma). Tiket ini hanya valid dalam masa sejam sahaja. 

Nakal ye..


Sebaik sahaja sampai ke platform train, Yayasyifa berlari menuju ke pintu train yang hampir tertutup. Apa lagi, menjeritlah si ibu dan ayahnya. Jika budak ni terlepas masuk sedangkan ayah ibunya dok masih mengheret bag dan mengendong bayi, memang jadi anak angkat orang Switzerlandlah jawabnya.. Si ibu pun sambung membebelkan Yayasyifa akibat kenakalannya tadi. Tak lama kemudian datanglah train lain dan kami menaiki train itu sambil memerhatikan jam takut-takut dah terlebih waktu sejam validity untuk tiket ini. Apabila keretapi bergerak kami pun mula risau kerana hanya kami sekeluarga sahaja berada di dalamnya. Seketika kemudian, seorang petugas train pun datang bertanya mengapa kami masih ada dalam train kerana train ini direhatkan seketika. Beliau kemudian cadangkan kami untuk terus berada dalam train hingga ia bergerak semula kerana train itu tetap akan ke destinasi yang ditujui iaitu Banhof HB. Apa yang kami risaukan ialah masa yang perlu diambil untuk sampai ke Banhof HB. Sudah pastilah tiket yang valid hanya sejam itu tidak dapat kami gunakan hingga sampai ke hotel. Hanya sampai Banhof HB saja. 

Kalau tak kerana salah naik train, kami tak dapat rakamkan gambar ni.. Ladang bunga canola yang menguning!


Train di sini memang selesa sangat..


Apabila tiba di Banhof HB yang sama macam KL Sentral di Malaysia, Kami pun tercari-cari tram manakah perlu digunakan untuk ke stesen Limmatplatz, stesen yang paling hampir dengan hotel kami. Setelah gagal untuk memahami poster laluan tram yang ada maka saya terpaksalah bertanya kepada pengguna tram yang ada di situ.. Bak orang tua-tua dah kata, "malu bertanya, sesat jalan". Tak perlu malu, tak perlu takut. Orang di sini sangat menghormati orang lain tidak kira siapa. Alhamdulillah, setelah ditunjukkan di mana lokasi yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan tram yang saya mahukan, barulah saya dapat mengenali kawasan ini seperti apa yang telah saya kaji sebelum ini. Kita memang boleh lihat di google map keadaan "street view" tempat yang akan kita lawati. Sama ada ia benar-benar sama atau mudah untuk dipadankan, itulah yang menjadi isu apabila sampai nanti.. Ikutkan tiket, kami telah pun habis waktu validitynya. Tapi kami dengan selamba naik saja tram, harap-harap conductor boleh bagi peluang. Tapi sampai ke Limmatplatzpun tiada siapa yang memeriksa tiket kami. 

Inilah stesen tram Limmatplatz.. Kebanyakan hentiannya tiada bangunanpun..

Dah lega sampai...

Seronok naik tram..


Alhamdulillah sampai kami ke stesen Limmatplatz. Takdalah jauh sangat. Rasanya jalan kaki pun boleh sampai ke Zurich HB. Beg yang sebelum ini patah satu roda kini hampir rosak ke semuanya. Macam nak tercabut tangan menarik beg seberat 30 KG sejauh 3 block. Itulah pentingnya jangan berkira apabila beli bag ni. Dah namanyapun beli barang buatan China. Kita tidak tahu bila masanya dia akan mendatangkan masalah. Kini kami terpaksa cari beg lain di ZURICH!  

Tak rugi bawa kaki posing ni..



No comments:

Post a Comment