Search This Blog

Monday, May 25, 2015

Bahagian 3 : London - Switzerland - Vanice - Paris

Sehari di London

Genap seminggu yang lepas, kami sekeluarga bergegas meninggalkan hotel untuk ke Heathrow jam 6.30 pagi walaupun cahaya matahari di luar tingginya seperti sudah jam 9 pagi di tanah air. Masa siang itu adalah lebih panjang di London mengingatkan kisah mereka yang terpaksa menjalani ibadah puasa menantikan waktu berbuka seperti tak kunjung tiba. Sudah petang sedikit, kerja yang bertimbun telah pun selesai, maka saya sambung penulisan ini untuk bahagian seterusnya. 

Hari pertama di London memanglah teruja. Semalam walaupun tiba dalam keadaan hari masih lagi terang (gelap di sini jam 9 pm), keupayaan jasmani telahpun sampai ke tahap kritikal. Sungguhpun begitu, sebelum tidur kami siapkan dulu makan malam dan menyental beberapa helai baju. Sambil mengenakan jeket tebal dikancing butangnya hingga habis ke leher kami menjengah keluar tingkap. Malam semalam tidurnya dihidangkan mimpi seolah-olah jasad masih lagi berada di Malaysia hingga bangkitnya kami terpinga-pinga melihat pemandangan rumah teres ala inggeris dibawah hotel serta bas merah double decker saling bersilang dijalanraya. Betulkah apa yang aku lihat nih? Itulah perasaan secara jujur orang yang baru sampai keluar negara. Buat pertama kali dan terus hinggap di London. Mereka yang sudah biasa ke Busan dan Tungkuban Perahu pun bertanyakan itenerary sebelum sempat kami sampai ke tanah air. Bukan itenerary tapi catatan travelog percuma saya berikan sebagai kenangan terbaik sepanjang hidup ini untuk tatapan semua. 

Self service checkout di Tesco Express
Senang agaknya bunga mekar di sini..

Kedai arab.. Macam-macam barang halal kat sini.. 

Bandar comel Walthamstow Central.. 


Dipagi yang dingin sebelum ke stesen keretapi kami meninjau seketika keadaan bandar Walthamstow Central yang comel ini. Terdapat banyak kedai yang dimiliki oleh orang Islam berketurunan Arab. Ada Tesco Express di seberang jalan hotel kami, tetapi kerana kurangnya barangan makanan Halal dan terpaksa melakukan proses pembayaran sendiri (check-out self service) Maka kedai si Arab lah nampaknya kami singgah berkali-kali. Suasana yang dingin tanpa angin ini amat mengasyikkan. Lebih menyeronokkan apabila baru terperasan setiap kali kami bernafas, keluarlah asap (wap air) dari mulut kami. Memang seronok betul masa tu haha. 

Oleh kerana kedai pun banyak yang belum buka, kami meneruskan perjalanan dengan mencari jalan masuk ke stesen keretapi. Kami memeriksa baki Oyster card dengan hanya menyentuhkannya di panel mesin kiosk tiket. Oleh kerana aktiviti pun free & easy, sebelum masuk ke gantri di hadapan poster TUBE map saya berbincang dengan isteri, "Eh kita nak pergi mana ni? Nak naik train ke sana ikut mana?".. Saja buat-buat tanya bagi dia ambil peduli atau ambil bahagian sama-sama fikir macam mana nak lengkapkan itinerary ikut suka hati sendiri.  Saya amalkan perkara yang sama di Zurich dan Paris maka tidaklah isteri saya hanya tahu mengekor dari belakang sahaja. Sayapun bukan pemandu pelancong yang dah tahu semua, sama-sama belajar macam mana nak explore the city. Barulah seronokkan. Kami ke interchange Green Park lagi untuk ambil Jubilee Line. Dari situ kami akan sampai ke Westminster, letaknya mercu tanda London yang utama. Keluar saja dari stesen TUBE inilah yang kami saksikan!

Ikon Kota London yang cukup terkenal.. BIG BEN

Batul-betul depan stesen TUBE nih.. Berlatar belakangkan Houses Of Parliament..



Sudah menghampiri musim panas pun masih sejuk di sini.. Terutama sekali apabila terdedah kepada tiupan angin!

Yayasyifa bersama BIG BEN


Suspen betul masa ambil gambar ni.. Takut camera jatuh dalam River Thames.. Macam James Bond plak gaya mamat kat belakang tuh


Belum buka lagi London Eye tu.. Hebat promosi dia dipekejkan dengan macam-macam tarikan lain di internet. Sorry, kami nak sight seeing saja. Tiada boat riding. Tiada Madam Tussauds. London is still London after all.
Nama pun free & easy, jalan penuh yakin walaupun dalam hati macam nak sesat. Tapi London ni memang tak payah pening pun. Pusing-pusing ikut mana segalanya tarikanya semua within walking distance saja. Dari London Eye kami ke seberang sungai ikut jambatan lain. Tahu-tahu dah sampai ke Trafalgar Square. Kami pun menanti waktu National Gallery dibuka. Kedudukannya betul-betul dihadapan Trafalgar Square. Jam 10 pagi baru buka. Selesai berpusing melihat keindahan lukisan-lukisan yang sangat bersejarah itu, Kami pun berehatlah sambil menikmati makan tengahari yang siap dalam bekal kami bawa. 











Kami kemudiannya ingin mengambil TUBE dari situ ke tempat lain (yang belum ditentukan) tetapi oleh kerana terlihat ada banyak kedai souvenir di seberang jalan maka kami pun seranglah. Entah mana arah seterusnya kami lalui sahaja jalan di hadapan kedai souvenir tadi. Masa mahu ambil gambar di sebuah phone booth merah tiba-tiba kami baru terperasan terpaksa berebut dengan 2 orang Malaysia lain yang sibuk berposing di port yang sama...huh!

Tidak jauh dari situ ada pula pejabat Perdana Menteri, 10 Downing Street.. Mudahnya meronda di London.. Membazir je kalau bayar tourist guide.. Pusing-pusing macam orang sesat pun boleh jumpa macam-macam di sini. Disebelah petangnya kami ke Tower Bridge sebelum ke Oxford Circus untuk survey barang...



Ramai orang dari pelbagai stesen TV membuat liputan dihadapan Downing Street tu.. Oh ya .. Musim pilihanraya ketika itu.. Saya tak ambil pusing pun siapa yang menang..






Bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment