Search This Blog

Friday, June 5, 2015

Bahagian 7 : London - Switzerland - Vanice - Paris


Masih lagi di hari ke 4 pengembaraan kami di Eropah. 8 Mei 2015. Separuh hari telahpun saya ceritakan pada bahagian yang lepas. Blog ini bergerak seperti scenic train.. Slow dan tiada short cut. Tiada dead line. Hanya perlukan masa yang benar-benar bebas dari tuntutan tugas. 

Hari ini tersenyum melangkah naik ke mana-mana perkhidmatan baik segala rangkaian train*, boat, tram, bas, cablecar* melainkan route yang tertentu terutama sekali untuk ke puncak gunung adalah tiada had.. UNLIMITED (ada dibincangkan secara detail dalam bahagian pertama). Bergaya dengan bagasi baru yang lebih menyakinkan, kami menuju ke Banhof HB untuk dapatkan train ke Luzern. Apabila tiba, seperti biasa kami terkial-kial tidak tahu perlu tunggu di platform yang mana, train jam berapa. Jadual train yang telah siap-siap kami print dari Malaysia sudah tidak releven kerana ia adalah perjalanan ke Luzern yang sepatutnya bermula pada awal pagi tadi. Saya cuba dapatkan pamplet jadual perjalanan dan melihat isinya. Hanya kelihatan jadual dalam bentuk matrik yang sukar difahami dan kesemuanya dalam bahasa jerman. Beberapa kali saya berpusing-pusing dan akhirnya saya melihat ada kiosk untuk pertanyaan berdekatan dengan platform. Alhamdulillah sangat membantu. Pegawai SBB mencetak jadual perjalanan khas untuk kami mengikut laluan yang akan kami lalui iaitu dari Zurich ke Luzern, kemudiannya menuju ke Lauterbrunnen lokasi hotel untuk kami berehat selama 2 malam.  Saya juga sempat untuk mendapatkan jadual train paling awal dari Lauterbrunnen ke Chiasso.

Perjalanan hari ke 3 Swiss Pass itu adalah yang paling mencabar dan menjadi kerisauan saya berbulan-bulan sebelum kembara ini bermula. Dengan adanya jadual ini maka kami boleh menarik nafas lega. Maka bermulalah penjelajahan kami mengunakan pelbagai jenis rangkaian train dan pengangkutan awam yang lain mengelilingi negara ini. Jam 2.05 petang, platform 4. Sepuluh minit sebelum train bergerak kami sudah tercegat. Dalam hati kami bermohon beribu kali agar perjalanan kami selamat dan tiada lagi masalah seperti apa yang berlaku di London sebelum ini. Sentiasa dapatkan confirmation dari conductor sebelum menaiki train dan jangan over confident.

Keadaan dalam train pula tidak sejuk dan tidak pula panas.. Kadang-kadang rasa macam tidak cukup udara. Kalau di Malaysia mungkin kenderaan apa pun semua perlukan penyaman udara. Tetapi jika di sini jika cuaca sejuk sudah pasti udara luar dielak dari memasuki kabin untuk dapatkan suhu yang panas. Mata sangat mengantuk. Tetapi hidangan pemandangan tasik berlatarbelakangkang banjaran gunung Alps sangat memukau hingga mata tidak mahu berkelip.



Kaunter SBB















Oh ya.. pastikan koc yang anda naik itu kena dengan kelas tiket. Kalau kelas 2 sila cari koc yang tertera nombor 2. Taklah jadi macam kami ni yang diperambat dari gerabak ke gerabak sebab salah naik.. Koc kelas 2 biasanya jauh sedikit dari kepala train. Tidak ada banyak bezapun kelas 1 dan 2.. Hanya kelas 1 tu kerusinya berwarna merah.

Setibanya kami di Luzern, kami terus mendapatkan tempat simpanan beg. Tu dia nun jauh di hujung bangunan stesen. Locker yang besar 90 sen, yang kecil murah 20 sen. Tapi sayang. Beg yang kami baru beli tak muat untuk disumbat ke dalam locker. Maka kami terpaksalah bawa beg yang besar itu untuk bersiar-siar di Luzern. Melangkah keluar dari stesen hati kami hancur luluh.. Hujan dengan awan mendung menghalang hasrat kami itu. Luzern adalah bandar yang amat terkenal dikalangan pelancong. Malah Zurich yang indah itu pun tenggelam dalam senarai persinggahan banyak pekej perlancongan kerana Luzern.

Kedudukan Leuzern yang dekat dengan Engleberg untuk ke Gunung Titlis menyebabkan ia lokasi yang serba lengkap dan trategik buat pelancong. Hingga ke sudah kami tidak dapat menghayati keistimewaan Luzern. Untuk mengelakkan dari masa disia-siakan kerana hari hujan, kami membuat keputusan untuk menaiki boat. Apa lagi.. di tangan ada Swiss Pass. Gunakanlah sebaiknya. Boatnya yang bersaiz sederhana, sebahagian besarnya menempatkan ruangan restoran. Secawan coklat panaspun harganya 5 CHF.. Di Malaysia sudah RM 20.. Tutup mata sajalah..Beginilah permandangan indah dapat kami rakamkan selama 2 jam setengah perjalanan.






















Selesai tour dengan boat kamipun mengambil kesempatan untuk bergambar di Chapel Bridge yang menjadi ikon bandar ini sebelum mengambil train untuk ke Lauterbrunnen!


No comments:

Post a Comment