Search This Blog

Tuesday, June 23, 2015

Bahagian 12 : London - Switzerland - Vanice - Paris



10 Mei 2015 adalah tarikh yang paling menggerunkan bagi saya. Perjalanan dari kawasan pendalaman Switzerland hingga ke sempadan Switzerland - Italy. Perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah dan memerlukan 3 kali sambungan train yang amat mendebarkan. Sekiranya tersilap, ada kemungkinan kami akan ketinggalan train. Yang lebih utama ialah train yang telah ditempah lebih awal iaitu perjalanan dari Chiasso ke Vanezia Mastre. Perjalanan dari Lauterbrunnen ke Chiasso adalah termasuk package unlimited Swiss Pass untuk hari ke 3. Malam sebelum perjalanan ini telah siap-siap berkemas. Pada awalnya plan tak mahu mandi. Tetapi bila jam 3 pagi sudah terjaga maka kamipun mandilah dicommon bathroom seorang demi seorang. Sudah tak ingat pula sama ada kami sempat bersarapan ataupun tidak. Al maklumlah, peristiwa ini sudah lebih sebulan yang lalu. Keadaan masih gelap dan kami sempat menunaikan solat subuh sebelum check out. Mengheret beg ke tingkat bawah hotel rasa macam nak tercabut pergelangan tangan ini. Tapak tangan memang dah ada kesan melecet. Kami sampai di sini dalam keadaan gelap gelita, kami tinggalkan tempat inipun dalam keadaan yang sama. Ada hikmahnya.. Takdelah kami terasa berat untuk ke train stesen kerana terlalu sayang nak tinggalkan pemandangan indah lembah Lauterbrunnen ini.

































Bismillah.. Bermulalah perjalanan pertama ke Interlaken yang mengambil masa 21 minit. Tiba saja di Interlaken, kami ada 6 minit transit di sini. Saya terus mendapatkan penjaga stesen untuk bertanyakan mana pula train untuk ke Bern. Walaupun nombor platform ada tertera dalam jadual SBB kami, mendapatkan pengesahan perlu diamalkan agar kesilapan yang kami lakukan di London tidak berulang. Menaiki train ICE menuju ke Bern adalah satu pengalaman yang baru. Train ini memang terasa eksklusif dan mewah. Ada bilik-bilik kaca yang boleh memuatkan 6 penumpang dengan selesa. Cafeterianyapun memang indah dengan hiasan disegenap sudut. Train ini akan berakhir di Frankfurt, Germany. Mungkin lain kali sajalah kami ke sana. Memang banyak juga masa saya mencari maklumat tentang Germany ni. Di Bern kami ada 8 minit. Alhamdulillah tak perlu bergerak ke platform lain, kerana apabila memerlukan kami untuk pindah platform, maka kelam kabutlah kami dibuatnya. Dengan kesukaran mengenalpasti signboard dan laluan yang boleh jadi perlu mendaki tangga atau melalui lorong yang panjang. Memang biasa kelihatan orang berlari bersama beg besar dengan wajah mereka yang pucat takut tertinggal train.

Apabila tiba di Luzern, kami ada 47 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Chiasso. Kami sekali lagi mengambil kesempatan bergambar di Luzern. Seperti persinggahan kami sebelum ini di sini..Terpaksa mengangkut beg yang besar ini menyebabkan pergerakkan kami sangat terhad. Sayang.. Bukan mudah untuk kami tiba di sini. Silapnya beg kami hanya terlebih sejengkal dari size locker paling besar yang tersedia di stesen keretapi. Kedai-kedai cenderamata pun masih banyak yang belum buka. Hancurlah harapan saya untuk membeli jam atau pun pisau yang memang cukup terkenal buatan swiss. Membeli roti croissant kegemaran dan muffin sebagai bekalan.. Memang kami berkali-kali juga membeli croissant kerana kulitnya yang rangup dan isinya yang lembut dan sangat sedap. Hai terasa rasa pula di tekak ni menaip kisah makanan di bulan puasa. Maaflah memang tak jumpa dah kat malaysia ini. Di Italy, France dan London pun tidak.

Lugano... Dari tingkap trainpun sudah terserlah keindahan bandar tepian tasik ini. Laluan train pun mengambil masa yang lama untuk mengelilingi tasik Lugano ini. Pada awalnya memang ada perancangan untuk singgah di Lugano. Namun kerana bimbangkan transit di Milano Centrale maka bukakan saja mata seluas-luasnya ketika train melalui bandar ini. Hasrat untuk berbelanja barangan berjenama termurah di eropah, iaitu di Fox Town Mendrisio pun terpaksa kami lupakan. Maka banyaklah lebihan wang CHF yang tidak kami belanjakan.. Setiap gambar dbawah ini adalah perjalanan kami yang tidak akan dapat kami lupakan sampai bila-bila...











































No comments:

Post a Comment