Search This Blog

Monday, June 15, 2015

Bahagian 10 : London - Switzerland - Vanice - Paris




SCHILTHORN


Setelah puas bergambar di Murren, akhirnya kami sampai juga ke stesen cablecar untuk naik ke puncak gunung Schilthorn. Di sini barulah kami diperlukan untuk membayar sebanyak CHF 40 untuk seorang iaitu setelah diberikan 50% discount kerana memiliki Swiss Pass. Hati sudah mula berdebar-debar tak sabar untuk bermain salji buat kali pertama dalam hidup. Oleh kerana kami tiba lewat kerana terlalu asyik bergambar di Murren maka terpaksalah tunggu seketika. Terbelek-belek beberapa souvenir yang ada di jual di situ. Kebanyakannya ada tertera 007, ya James Bond. Schilthorn adalah lokasi pegambaran bagi filem sikuel James Bond dalam edisi On Her Majesty's Secret Service. Filem yang dilakonkan oleh George Lazenby pada tahun 1969. Tiba-tiba sahaja stesen yang kosong tadi dipenuhi ramai orang. Mungkin mereka ini semua mengikuti timing perjalanan CableCar tidak seperti kami yang banyak melengahkan masa hingga tertinggal trip. Apa nak buat. Itulah nikmat free & easy. 

Di cablecar kami disapa conductornya. Beliau bertanyakan ada cuti umum yang panjang ke di Malaysia hingga ramai orang Malaysia sampai ke sini?.. Hemm saya sendiri tertanya-tanya kenapa.. Hanya jawab "Tiada, mungkin bukan sebab itu". Pemandangan lereng gunung yang menghijau bersama tompokkan putih yang saya yakin ia salji yang telah mampat kelihatan dari atas. Memang tidak terkata perasaan kami ketika itu. masing-masing tidak bercakap. Hanya memerhatikan keindahan alam ciptaan Ilahi dihadapan mata kami. Dari rumput yang menghijau kini hanya tinggal batu-batuan berwarna coklat gelap diselaputi salji tebal menandakan kami hampir sampai ke penghujung laluan cablecar. 

Masih belum tiba di Schilthorn. Kami perlu tukar ke cablecar lain untuk sampai ke puncak. Yang seronoknya di sini pun sudah di selaputi salji tebal. Memang menjadi misi kami hingga sampai ke sini. Birg, itu lah nama stesen transit ini. Keluar sahaja dari cablecar saya terjenguk-jenguk keluar cermin bangunan stesen dan akhirnya menemui pintu keluar. Yaya Syifa menjerit keseronokan melihat kawasan lapang diliputi salji. Perlu berhati-hati juga kerana ada permukaan yang licin takut terjatuh pula. dalam sibuk kami bergambar saya menoleh ke belakang melihat Yaya Syifa bermain di kawasan luar platform bangunan stesen yang disitu terdapat lubang yang muat untuk manusia jatuh ke dalam. Apalagi kami pun menjerit memanggil yaya sambil mengharapkan dia tidak terjatuh ke dalam lubang tadi. 

Cukup! saya panggil yaya masuk dalam bangunan. Tidak mahu ada insiden yang tidak diingini berlaku. Keinginan untuk bermain salji dikawasan terbuka ini dilupakan sahaja kerana bimbang akan keselamatan. Kami tidak biasa dengan kawasan ini. Tambah pula tiada seorangpun berada di situ melainkan kami. Kalau ada yang jatuh ke gaung (Nauzubillah) sudah tentu trip kami akan hancur lebur. 


Dah sampai Malaysia baru faham map ni.. 

Yeke 13 C... rasa tak sejuk pun.. Biasa-Biasa je



Macam nak turun je kat bawah tu.. Apakan daya.. Tengok sajalah dari atas..




Tu dia stesen riggli.. Untuk orang nak pi main skii.. sunyi sepi.. bukan musim agaknya..

Memang seronok tgk dia main snow macam Elsa dan Anna.. Tapi apakan daya.. safety first




Kalau dapat datang sini lagi.. nak baring atas salji


Kami terus menujuk ke sambungan cablecar seterusnya. Pemandangan di sini hanya cerun gunung bersalji diselangselikan dengan kabus. Telinga pun seperti biasalah dah mula berdengung. Sampai di Schilthorn ada signboard untuk ke museum James Bond. Tetapi kami terus ke platform tinjau. Alhamdulillah cuaca ketika ini sangat cerah. Jika tidak bernasib baik mungkin kami tidak dapat lihat apa-apa melainkan kabus tebal. Teruja dengan panorama pergunungan salji berselang selikan rasa gerun melihat cerun yang curam dan tinggi. Yaya Syifa entah ke mana dah melihatkan kawasan itu selamat dan kemas berpagar biarkan saja dia bermain salji yang ada berloggok di tepi platform yang dinamakan Piz Gloria ini. 

Anehnya kami tidak kesejukkan seperti apa yang sebelum ini kami selalu bimbangkan. Bimbang baby Iman tak tahan kesejukkan yang melampau. Sudah putih semuanya bersalji masakan tidak sejuk. Saya cuba membuka winter jacket dan ternyata memang tidak sejuk mana. Mungkin kerana cahaya matahari yang terang menerang di sini. Menghabiskan masa bergambar mengambil video. Main baling-baling salji dengan Yaya.. Memang seronok kami di sini. Alhamdulillah, memang indah dan maha agung ciptaan Allah ini. Dari sini kelihatan Top Of Europe (Jungfrau) dan Mont Blank. 

Baby mat salleh ni paksa mak dia nak tgk baby iman.. baby minat baby hehe


Salah satu dari lembah gunung yang indah..


Dah sampai puncak.. Alhamdulillah cuaca sangat baik.. jelas tidak berkabus..



Sinaran matahari memang terik di sini..



First time pegang salji.. memang flufy... memang lembut dan senang dikepal.. tak mudah basah.. macam pasir pun ada

Minta sirap?

Seronok main baling2 snow ni.. tapi hanya ada sorang je budak kecik



Terpaksa lah kutip kat tepi2 tu.. Tgk masa lain siap platform ni bertimbun salji


Baru nampak gayatkan

Yang ni betul2 gayat.. Subhanallah memang indah



Bagilah berapa jam pun memang tidak puas main salji ni. Macam pasirpun ada. tetapi boleh dikepal dan dibaling. Hanya berderai apabila terkena impak. Jakun. Memang jakun... Yang naik atas bersama kamipun tidak melepaskan peluang bermain salji. Lama juga kami di situ sampailah rasa macam nak lihat apa lagi yang menarik dalam Piz Gloria. Oleh kerana perut pun dah rasa lapar, kami masuklah ke dalam restoran berputar. Tengok-tengok dulu kalau ada yang kene dengan selera atau harga. Nampak orang sebelah makan fish & chips. Saya pun orderlah fish & chips tu. Tetapi waiter kata mereka tidak ada sediakan makanan tu. Sayapun tunjukla apa yang orang sebelah kami makan. Lalu waiter tu kata itu buka fish & chips. Itu pork & chips... hemm.. Mintak chips sajalah.




Close up oleh wife







Macam tak percaya je dah pijak snow

Berehat makan di restoran berputar.. Panas la pulak..


hanya bahagian belah kanan sahaja yang berputar.. memang keliru 


baru tahu rasa kek rasberry chees.. Gandingan ideal



dah turun semula ke hentian Birg.. Ada platform tinjau ngeri ni

Tak berani ler yaya pijak wire mesh 

Baru nak kenal mana satu puncak Jungfrau.. dah berkabus


No comments:

Post a Comment