Search This Blog

Friday, September 11, 2015

Bahagian 22 : London - Switzerland - Vanice - Paris



Sacre Coeur

Destinasi seterusnya di bukit Montmartre, sebuah gereja putih yang terletak di atas bukit. Dari stesen Cite (line warna purple), tukar train di stesen Barbes Rochechouart sebelum keluar di stesen Anvers. Perlu berhati-hati dengan sebutan nama stesen kerana mungkin bunyinya tidak sama seperti cara kita orang melayu menyebutnya. Sebagai contoh, nama gereja ini kita akan sebut SAKRA KAOUR  tetapi orang sini panggil SAKRE KUU.  inilah tempat paling jauh kami jalan guna Metro. Esok kami akan gunakan laluan yang sama tetapi keluar di Gare Du Nord atau GA DUNOH. Melalui jalan yang kiri kanannya penuh dengan kedai souvenir kami tak perlu bergegas untuk naik ke atas. Singgah makan tengahari di restoran western yang diusahakan orang arab di situ dapatlah kami hilangkan rasa lapar sebelum mendaki tangga tinggi. Selesai makan kami teruskan berjalan kaki ke Sacre Coeur yang tidak jauh dari situ. Kelihatan ramai pelancong telah memenuhi kawasan itu. Tidaklah tinggi sangat tangganya. Saya ingatkan jika siap dengan perkhidmatan keretapi bukit (Funicular) mestilah terlalu tinggi. Seperti yang cik puan wife khaborkan ade blogger kata di sini ramai mat black akan kepung kita dan paksa bayar selepas pakaikan tangan kita gelang benang, Kami cuba mengelak dan berjalan dengan orang ramai agar kumpulan itu tidak mendekati kami. Sampai dipuncak kamipun menghabiskan masa mengabadikan gambar dengan pemandangan Sacre Coeur bak istana aladin itu dan permandangan seluruh bandar Paris.

Nak pilih lagu di sini.. Tapi diseberang jalan bising sebab ada construction.. Kacau betul.. Sebijik 7 Euro.. Minat punye pasal .. Hamba rela..



Sampai dah.. 


Eh ade taman permainan.. Baby pun nak menyusu dulu..





Tak masuk gereja.. hanya nak lihat pemandangan dari bukit Montmatre ni.






















Ketika perjalanan kembali ke stesen Metro kami melaui jalan yang dipenuhi pengunjung kedai kain yang besar seperti Jakel.. Masuklah kedai kain ni tengok-tengok kalau ada yang berkenan. Hairan saya apa perlunya kain ela ni. Kita orang melayu ade lah juga buat baju kurung.. mereka buat baju apa pula. Dalam gedung kain tu saya cari juga tandas (macam biasalah) tapi tak jumpa. Akhirnya kami jumpa Mc Donald, tempat yang selalu kami gunakan untuk berehat dan gunakan tandasnya. Mc Donald ni di merata tempat kami singgah. Cuma di Switzerland saja tak berani nak masuk.. Mahal sangat rasanya. Kami teruskan perjalanan ke Montparnasse kerana katanya di situ ada Galerie Laffayatte, rupanya saya tersilap kerana Galerie Laffayatte yang ada di situ tak jauh beza dengan shopping kompleks Parkson Komtar Johor Bahru. Sepatutnya kami ke Galerie Laffayatte Haussmann, Chausee d Antin. Inilah masalahnya jika dah sampai baru fikir nak pergi mana. Untuk tempat tumpuan biasa tiada masalah. Tetapi bagi pusat membeli belah yang banyak cawangan ni memang mengelirukan.









Macam dalam Parkson je




Tempat lepak biasa.. Mc D..


Seperti biasa kami singgah lagi di Mc Donald yang bersepah lokasinya di bandaraya Paris ni. Memang masalah orang yang kene selalu pergi toilet macam saya ni. Kali ni nak guna toilet kene key in code yang telah di cetak pada resit. Maknenye orang yang tak beli apa-apa di restoran tu tak boleh guna toilet..huh!.. Berpandukan offline map, kami mengambil keputusan gamble untuk berjalan kaki ke taman Istana Le Jardin Du Luxembourg yang terletak tidak jauh dari situ. Alhamdulillah lebih kurang 1 KM saja dah sampai ke pintu masuk taman istana ini. Memang tenang dan aman di sini. Inilah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke apartment dan berehat.

Di pintu masuk taman istana..



































Keesokkan paginya kami sudah bersiap dengan barang-barang yang telah dikemas. Bila pulang dari rondaan terakhir ni tinggal nak sauk beg dan kunci pintu saja. Kami keluar dari stesen Metro Invalides tanpa mengetahui secara specifik apakah sebenarnya tarikan yang ada di situ. Nampaknya ini lah PARIS.. Hanya mengulangi permandangan bangunan lama yang tersergam indah. Dari Lauterbrunnen lagi sekumpulan backpackers melayu yang baru pulang dari Paris kata tempat ini membosankan. Dari situ kami berjalan tanpa sedar sudah sangat dekat dengan Champs Elysees. Menunaikan hajat cik puan wife untuk membeli buah tangan di LongChamp sebelum bergegas semula ke apartment.


Patty daging lembu halal ini sangat sedap dan murah.. ada 10 keping dengan harga kurang 5 EURO

Saki baki spaghetti dan sos karbonara perlu dihabiskan untuk kosongkan beg yang semakin penuh dengan souvenir 


No western please.. Nasi putih dengan kari Brahims juga pilihan Yaya..

Tu dia nampak Eiffel Tower dari mana2 ruang di apartment ini!

Ngam2 10 carnet digunakan sepanjang 3 hari di sini termasuk perjalanan terakhir ke Gare Du Nord

Dengan makcik Perancis

Kalau cuba sebut.. satu pun tak betul..




Skill yang korang takkan dapat kalau jadi macam kumpulan kambing biri-biri













Dalam butik Longchamp.. Katanya takde lagi cawangan dai di Malaysia..




Dah dapat dah... beli kat paris tuuu


Planning asal sepatutnya kami telah meninggalkan apartment jam 12 tengahari. Namun hanya jam 1.30 petang kami baru bergerak menuju ke Gare Du Nord. Terpaksa ambil masa sedikit untuk puaskan hati si isteri membeli-belah. Sebelum itu saya sempat berlari ke kedai berdekatan untuk menggantikan telur yang telah kami gunakan. Memang jadi amalan agaknya oleh pemilik apartment meninggalkan satu biji telur untuk menilai sama ada jika kita gunakan telur itu adakah kita akan menggantikannya.. Saya gantikan satu dengan 4 telur sebagai tanda puas hati.  Saya sempat whatsapp dengan pemilik apartment untuk maklumkan kami telah keluar. Masa tinggalkan apartment saya ada keluarkan print out tiket Eurostar.Kononnya nak bersedia lebih awal.. Sekali dah berada di stesen Bir Hakeim baru perasan tertinggal kertas tu di dalam apartment. Perjalanan nak ke Gare Du Nord memang tak lalu nak senyum saya dibuatnya. Tiket untuk yaya pula saya bintikan dengan atuknya. Risau tertinggal train pula..Sikecil baby iman pula tidak berhenti menangis hingga penumpang dalam metro menegur kami agar keluarkan baby dari carriernye..  haii.. cabaran betul.

Tiba di Gare Du Nord saya seakan berlari terus mencari orang untuk ditanya dimana tempat untuk mengambil keretapi ke London. Alhamdulillah, saya ceritakan segala masalah saya kepada di kauter immigresen UK yang sudah tentunya mudah untuk saya berkomunikasi. Seorang wanita kulit hitam yang menenangkan saya dan mencetak tiket Eurostar sambil berkata "Apalah gunanya sekeping kertas A4 tu, saya bagi awak tiket Eurostar untuk kenang-kenangan.". Kembali ke UK rasanya seperti pulang kekampung halaman... hehe..



Print out sudah memadai, tapi kaunter tiket Eurostar tu kata tiket ini sebagai souvenir.. Nice!