Search This Blog

Monday, June 29, 2015

Bahagian 15 : London - Switzerland - Vanice - Paris


BUON GIORNO!

Atau selamat pagi.. Inilah permandangan dari jendela hotel kami. Alhamdulillah syukur, hotel murah pun dapat pemandangan terbaik ni. Hampir-hampir kami terpaksa cari hotel lain sebelum ini kerana pembatalan tempahan akibat gagal update card credit info di Booking.com. Mereka tidak terima debit card saya. Mujur dapat tempah sekali lagi. Cuma tempahan kali kedua mereka meminta izin untuk charge terus dan bukan bayar ketika check in.. Kenapa? sebab ada rekod tak baik kot hehe.. Tak mengapalah, kurang sikit bawa cash. 

Pengurusan cash di luar negara

Cerita tentang bawa cash ni, memang kami cuba dapatkan pelbagai tips untuk mengelak dari ada masalah. Kami siap-siap tukar mengikut jumlah yang kami mahu untuk setiap matawang. Namun cadangan akak saya lebih baik iaitu tukar saja semua cash dalam matawang Euro. RM takut mereka tak mahu. Kalau nak tukar wang baik tukar saja di airport. Sudah tentu ada stock. Jangan jadi macam kami yang terpaksa mejarah ke serata bandaraya Johor Bahru kerana bukan semua pengurup wang mempunyai jumlah stock matawang yang kita inginkan. Pencopet? Syukur tiada kejadian atau cubaan pick pocket sepanjang kami berada di sini. Mungkin sebab bawa baby kot. Tetapi langkah-langkah berhati-hati seperti di bawah adalah perlu dilakukan.
  1. Sediakan wang lebih untuk kecemasan.
  2. Aktifkan penggunaan kad ATM di luar negara.
  3. Simpan sebahagian wang anda di tempat lain selain walet. 
  4. Bawa credit card. 



Teksi air ni paling mahal lah tambang die


Dari tingkap hotel kami pun ada bangunan designnya sama macam di San Marco

Gondola yang lalu di bawah balkoni hotel kami

Agak lewat juga keluar dari hotel. Beginilah jalan dengan family. Lagipun kami tak perlu rushing langsung kerana masa terlalu banyak di sini. Jika saya di beri peluang sekali lagi untuk plan datang ke sini. Saya akan lebihkan masa di Switzerland. Terlalu sekejap masa yang kami ada untuk pusing swiss. 3 Hari di swiss kami pusing satu negara, tetapi 3 hari di Venezia kami hanya pusing satu bandar. Mungkin next time tiba sahaja di Zurich kami akan tempah hotel untuk 2 malam. Hari ketiga baru aktifkan swiss pass. Bawa beg yang lebih kecil untuk mudah disimpan untuk pusing Luzern pada hari ketiga. Malamnya baru bermalam di Lauterbrunnen dan jalankan aktiviti ke Schilthorn dan Zermat untuk hari ke 4. Hari ke lima ke Bern sebelum bermalam di Lugano sebagai hari terakhir boleh guna Swiss Pass. Hari ke enam hanya pusing si sekitar Lugano dan petang baru ke ambil train booking lebih awal untuk ke Vanice. Dah pergi baru tahukan.. hehe. Tetapi perlu di ingat.. Hotel di Swiss memang sangatlah mahal.

Apalah dah sampai posting Vanice pun masih cerita pasal Swiss haha. Kami keluar dari hotel dalam keadaan matahari dah terik. Orang punyalah ramai di mana-mana. Mata kami terlalu sibuk tertoleh kiri dan kanan melihatkan pelbagai barangan yang boleh dijadikan souvenir. Terdapat banyak kedai eksklusif barangan berjenama dan restoran serta bakery. Celah lorong mana pun ada. Yang menarik, rekabentuk bangunan yang cantik dan melintasi banyak jambatan sambil melihat gondola melalui dibawahnya. Ada juga yang sanggup membayar pendayung gondola untuk menyanyikan lagu untuk mereka. Tambang gondola saja dah jejak 80 Euro atau RM 330. Sama harga dengan kos menginap semalam di hotel bajet. Malah di Paris dengan menambah lagi 10 Euro anda boleh memandu supercar seperti Lamboghini, Mc Laren dan Ferarri selama 20 minit. Mana pilihan anda? Melayan canal dengan Gondola atau Memandu supercar? Nama pun trip bajet. Baik duit tu kita buat makan gelato, kebab, sphegetti dan pizza orang italy. Yummm yumm ...


Persimpangan yang sibuk berdekatan hotel kami yang menghubungkan Jambatan Rialto dan lain2 tarikan.


belum apa2 dah tawar menawar 






Pulau sekecil ini mempunyai berpuluh2 gereja seperti ini





Kelebihan Italy memang banyak jenis makanan terkenal berasal dari sini















Topeng memang menjadi identiti Vanice kerana aktiviti kesenian seperti theater berpusat di sini.