Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Bahagian 17 : London - Switzerland - Vanice - Paris





Awal pagi 12 Mei, kami terus ke gereja terbesar Vanice, St Mark's Basilica kerana melihatkan line yang panjang untuk memasukinya semalam. Seperti biasa kawasan Piazza San Marco ni memang sentiasa di penuhi orang ramai. Penuh dengan group pelancong asing dari pelbagai negara. Masing-masing teruja dan kelihatan jalan tergesa-gesa mengelilingi Vanice. Kasihan melihat mereka yang sentiasa mencari kelibat pemandu pelancong yang membawa mereka, bimbang terpisah atau ditinggalkan kumpulannya. Maklumlah Vanice ni dah lah ramai orang, lorongnya sempit, laluan pula mengelirukan dan memang mudah tersesat jalan. Mereka tiada kebebasan untuk explore Vanice mengikut kehendak hati mereka da terpaksa mengikut saja pemandu pelancong seperti rombongan sekolah, padahal dalam usia seperti mereka sudah tentu tidak ada masalah untuk mengurus perjalanan sendiri. 

Oleh kerana masa kami memang terlalu panjang di sini, kami seolah-olah tidak tahu lagi mahu pergi ke mana. Menghabiskan masa mencari souvenir dan bersiar-siar sebebasnya hingga masuk ke kawasan kediaman penduduk Vanice di mana tidak kelihatan langsung pelancong asing di situ. Memasuki kedai runcit mereka memang kegemaran kami. Seronok survey barang-brang kegunaan harian mereka yang tidak banyak beza pun dengan orang Malaysia. Yaya terlihat pula bola getah dengan gambar kartoon Frozen maka seperti biasa tawar menawar yaya dengan ibunya maka dibeli juga barangan yang tidak ada kaitan dengan Vanice itu. 





















Petangnya kami melakukan misi untuk ke Santa Lucia, iaitu stesen keretapi tanpa menaiki waterbus. Berpandukan aplikasi MapsME peta offline bersama GPS, kami melalui lorong sunyi jalan pintas menjejaki laluan untuk sampai ke Santa Lucia. Kami akhirnya tiba dengan selamat dan bergambar disekitar stesen keretapi yang sememangnya cantik. Berganbar di jambatan Constition yang di perbuat dari kaca dan bangunan berbentuk dome Semeone Piccolo. Semasa mencari jalan pulang, kami terlihat lorong yang sangat luas tidak seperti lorong-lorong yang biasa terdapat di sini. Lorong yang besar penuh dengan pelancong serta kedai-kedai yang menawarkan harga dan barangan lebih menarik dari San Marco. Rio Tera Lista Di Spagna, itulah namanya.. Sangat selesa berjalan di sepanjang laluan ini. Rupanya inilah lauan utama dari Santa Lucia untuk ke Rialto. Apa lagi, keseluruhan petang hingga senja kami mengahbiskan masa di situ dengan membeli lebih banyak souvenir dan bergambar kenangan di bangunan-bangunan yang masing-masing menampilkan sini bina yang unik. 



















































Kami sebelum itu ada membeli tiket waterbus untuk ke Airport pada esok hari di San Marco. Katanya kami boleh ambil waterbus ke airport dari jeti Rialto. Maka pada keesokkan harinya apabila kami bergerak untuk ke airport, kami terus ke jeti khas seperti yang di arahkan penjaga jeti di Rialto. Namun setelah menaiki waterbus yang kami sangkakan akan ke airport, kami terpaksa turun di jeti Salute kerana menyedari kami sudah menaiki waterbus yang salah. Mujur saya telah peruntukkan sejam hingga 2 jam lebih awal untuk perjalanan kami ke airport. Nak kejar flight memang ada saja masalahnya. Dari jeti Salute saya menghubungi nombor yang tertera pada tiket seperti yang di arahkan konduktor waterbus. Saya baru tahu rupanya tiket yang kami beli adalah perkhidmatan ferry private dan mereka tidak dapat ambil kami di jeti Salute. Mereka meminta kami datang ke San Marco kerana mereka ada jetty khas di situ untuk ke airport. Hemm naik lagi waterbus dengan selambanya tanpa sebarang tiket untuk ke sana. Mujur tiada siapa yang periksa. Apabila tiba di San Marco dan terus ke jeti milik Ali Laguna. 

Kami terpaksa menunggu lagi 20 minit kerana ferry nak ke airport baru sahaja berlepas. Saya sudah mula berkira-kira waktu yang tinggal untuk sampai ke airport agar tidak terlambat. Flight ke Paris akan bertolak jam 9.10 malam. Untuk keselesaan, kami perlu tiba 2 jam sebelum berlepas. Jam 7. 15 kami akhirnya tiba di aiport kerana ferry rupanya berpusing-pusing merata checkpoint sebelum ke airport.  Nak berjalan dari jeti ke bangunan airport pula kami terpaksa berjalan jauh mungkin hampir setengah kilometer. Berselisih pula dengan satu kumpulan keluarga melayu ketika tergesa-gesa ke pintu airport. Hanya sempat melemparkan semyuman. Setibanya di kauter bagasi kami terus menggunakan kaunter khas kerana mungkin penumpang lain sudah pun bersedia di departure hall. Alhamdulillah selesai semua pembayaran untuk bagasi sebanyak Euro 70 kami terus melalui pemeriksaan keselamatan yang sama seperti ketika di Luton. Maka legalah kami berehat di depature hall sementara menunggu panggilan untuk penerbangan ke PARIS!