Search This Blog

Wednesday, May 20, 2015

Bahagian 1 : London - Switzerland - Vanice - Paris

The Valley of Lauterbrunnen, Switzerland.. Salah jalan, tetapi bersyukur sebab dapat rakamkan pemandangan ini.


Mencipta peluang keluar negara

Setelah hampir 35 tahun hidup, barulah saya berpeluang untuk menjelajah keluar negara. Macam mimpi pun ada. Impian memang dah lama dipasang. Sejak umur belasan tahun jadi penonton setia drama bersiri Cinta Metropolitan lakonan Azah Aziz dan Rusydi Ramli. Memang mengasyikkan apabila tergiang-ngiang lagu tema drama nyayian Amy Mastura bersama latarbelakang suasana dingin Hyde Park. Kalau terdengar lagu Yuna, "Terukir di Bintang", pasti suasana romantis kota Vanice dengan Gondolanya pula akan terbayang-bayang. Ketika itu hanya mampu berharap dapat melanjutkan pelajaran ke UK atau mungkin dihantar ke luar negara atas urusan syarikat. Namun sayang, peluang itu tak pernah muncul..

Keluar saja dari stesen kereta api inilah pemandangan yang menghilangkan sedikit rasa penat setelah sehari suntuk di jalanan. 


Pekej perlancongan atau uruskan sendiri?

Setelah lebih 10 tahun bekerjaya, barulah pasang niat untuk jadikan impian itu sebagai realiti. Bukan tidak pernah cukup duit, tetapi ada saja keperluan yang perlu didahulukan. Mungkin saya tidak begitu menghargai pengalaman mengembara. Saya menganggap wang yang dikumpul sekian lama akhirnya lebur tanpa sebarang tanda tinggal untuk dilihat pancaindera. Namun sejak 2 tahun lepas saya mula mengumpul maklumat tentang kos perjalanan berserta pengalaman mereka yang pernah keluar negara seperti tuan puan lakukan sekarang. Saudara mara? Kawan-kawan? sumpah saya tidak punyai sesiapa untuk dihubungi bagi membantu kami di sana untuk menguruskan tempat tinggal mahupun mengaturkan perjalanan. Memang ramaipun beranggapan kami berjaya ke sana sebab faktor itu. Apabila terangkan hal sebenar mereka pun terkejut. Mungkin pengalaman saya ini boleh membuktikan tanpa kenalan mahupun saudara mara di sana kita mampu jua untuk uruskan semua dari sini. Kalau ada pun saya tidak berapa suka untuk menyusahkan mereka. Dunia sudah berada dihujung jari. Semua kita boleh lakukan sendiri dari jauh malah kita boleh sampai kejalanan serta pintu rumah sesiapa diseluruh dunia melalui aplikasi online google map.

Maklumat itu penting. Lebih banyak maklumat lebih bertambahlah keyakinan kita. Ada page yang bagi saya amat membantu walaupun tidak sepenuhnya, ia membina keyakinan saya untuk ke sana dengan cara yang paling murah dan menyeronokkan. Murah dan menyeronokkan itu maksud saya kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang digunakan oleh rakyat negara itu, bukannya bas pelancong. Seronok dengan pengalaman berharga untuk dikongsikan apabila kita berhadapan dengan cabaran mengenal pasti laluan train dan stesen mana kita perlu gunakan untuk sampai ke destinasi yang dituju dan peluang untuk bergaul serta mengenali masyarakat setempat, mempelajari sedikit bahasa mereka. Semua itu pengalaman yang tidak ditawarkan oleh mana-mana pekej perlancongan. Pekej perlancongan biasanya mengenakan caj yang cukup mahal walaupun digambarkan kepada kita seolah-olah ia cukup murah.




Ramai yang tewas kepada mereka hanya kerana tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri padahal apa yang mereka uruskan tidaklah sesukar mana untuk dibuat sendiri. Semasa di Vanice saya melihat ramai tourist group yang berpusu-pusu merapati sipemegang bendera kerana takut tertinggal. Mereka semua terikat dengan atucara perjalanan yang ketat dan tidak bebas untuk bergerak ikut perasaan mereka. Macam budak sekolah tadika pun ada padahal pada peringkat umur seperti mereka semua sepatutnya mampu uruskan diri sendiri. Anda pasti setuju bahawa apabila tertera dalam itinerary mereka perkataan "Free & Easy" maka melonjak-lonjaklah perasaan kita untuk melakukan aktiviti mengikut apa yang kita suka. Anda perlu bersama saya sepanjang nukilan ini dan percaya bahawa menguruskan perjalanan sendiri itu adalah satu cabaran yang amat menyeronokkan dan pengalaman yang cukup berharga. 

Langkah pertama

Sebaik sahaja mempunyai cukup duit dibantu dengan timing promosi RM 2.5K Malaysian Airlines yang biasanya belanja tambang pergi balik ke London mencecah RM 4K, kamipun membuat persiapan menyediakan pasport untuk si kecil yang umurnya masih kurang 40 hari. Hiruk pikuk dibuatnya rumah kami apabila saya dan isteri meraikan kejayaan membuat tempahan penerbangan ke sana. Ia bermakna kami telah melakukan langkah yang pertama untuk memecahkan rekod tidak pernah keluar negara sejak lahir (singapura tak main sebab ia negara kelahiran saya) dan negara yang pertama dipilih bukan dari rantau ini mahupun benua ini, tetapi benua Eropah yang penuh dengan suasana pemandangan bak fantasi dan menjadi idaman seluruh dunia untuk menjejakkan kaki ke sana. Tempahan itu juga bermakna kami bertanggungjawab untuk menyediakan apa saja yang perlu agar pembayaran yang telah dilakukan tidak akan sia-sia dek pembatalan kerana gagal untuk menguruskan perancangan perjalanan seterusnya.

Sebenarnya ada tawaran tambang yang lebih murah jika kami memilih Air France atau pun penerbangan bertransit seperti Qatar Air, Namun akibat terlalu teruja dan rasa rugi jika tidak ke London bersama Jumbo Jet Airbus 380 milik MAS ditambah pula masalah online form Air France yang komplen nama anak saya terlalu panjang. Maka saya tidak teragak-agak memilih penerbangan milik negara itu. MH370 & MH17? Tawakal sajalah kepada Allah yang menentukan hidup dan mati kita semua.

Oleh kerana saya akan membawa keluarga (saya, isteri, anak perempuan 5 tahun dan bayi lelaki 4 bulan), keselesaan mereka adalah keutamaan saya. Jika saya seorang diri atau dengan isteri sahaja mungkin kami sekadar bermalam dalam bas yang menghubungkan bandar-bandar di sana. Jika tiba awal pagi pula terpaksa menanti siang dalam kesejukan dan bahaya penjenayah. Hal itu semua perlu di ambil kira. Saya telah tetapkan dalam itinerary saya bahawa setiap malam sepanjang perjalanan kami mesti check in bermalam di hotel. Hotel pula kami tetapkan harga perlu diantara RM 300 hingga RM 400 sahaja agar mudah kami menguruskan bajet. 


Ketika  sedang menanti untuk boarding Airbus A 380 

Pilihan method perjalanan

Yayasyifa dalam train SBB dengan pemandangan ladang canola 


Saya pada permulaannya mengikuti itinerary seorang blogger yang menjadikan Switzerland sebagai destinasi seterusnya. Saya menempah penerbangan ke Zurich dengan menggunakan perkhidmatan Easyjet yang juga merupakan cara perjalanan yang lebih murah berbanding kereta api. Masa juga dapat di jimatkan walaupun sedikit rugi kerana tidak dapat menyaksikan beberapa pemandangan indah jika menggunakan pengangkutan darat.

Di Switzerland pula kami rancang untuk menggunakan Swiss Pass untuk 3 hari agar bebas berkeliaran ke serata negara tanpa risau bimbang. Sama ada mahu menggunakan Swiss Pass atau kad perjalanan lain yang lebih murah, saya terpaksa melakukan banyak kajian melalui pelbagai forum traveling. Isu sama ada mahu menggunakan pekej unlimited travel ini bukan lagi asing bagi mereka yang berkembara ini. Setiap perincian yang ditawarkan perlu diteliti. Sebagai contoh, Euro Rail Pass yang boleh menghubungkan beberapa negara tidaklah sesuai kerana banyak syarikat perkhidmatan kereta api tidak menyertai mereka. Pekej unlimited dalam perkhidmatan BIG Bus di London dan Paris pula tidak sesuai bagi saya kerana jaringan serta kos TUBE dan METRO adalah lebih murah.

Saya mula meneliti laluan yang dipilih untuk setiap hari dan laluan mana Swiss Pass meletakkan hadnya. Sebagai contoh, cable car untuk ke puncak Titlis dan Schilthorn hanya menawarkan potongan harga 50% manakala hanya 25% untuk train ke Jungfrau (Top Of Europe). Saya ketika itu memilih untuk menggunakan Swiss Pass selama 3 hari yang bernilai CHF 210 / RM  840 seorang (dewasa). Mahal? Swiss memang terkenal dengan kemahalannya. Jadi apa perlu berkira? Pemandangan yang dihindangkan oleh negara itu bak fantasi khayalan. Penjimatan bagi perjalanan kerap dan jauh untuk 3 hari itu perlu dicongak juga. Sebagai contoh bagi penjimatan, perjalanan dari Lauterbrunnen ke Bern yang mengambil masa kurang 2 jam sahaja sudah cover separuh kos Swiss Pass anda.



Saya kemudiannya memikirkan berapa hari perlu berada di Swiss dan berapa hari diperlukan untuk menggunakan Swiss Pass. Menggunakan Swiss Pass dengan sehabis-habisnya adalah perancangan saya yang paling utama (yelah.. RM 840 seorang tuu). Dari situ saya ada 3 pilihan iaitu samada nak ikut blogger yang saya ikuti sebelum ini untuk ke Paris melalui Geneva sebagai bandar terakhir sebelah barat Switzerland ataupun nak ke Amsterdam melalui Zurich. Oleh kerana ada permintaan dari sang isteri yang mahu ke Vanice, saya usahakan jua untuk ke sana walaupun kedudukannya sudah semakin jauh dari London yang memungkinkan kos yang lebih untuk kembali. Sebenarnya anda boleh pilih perjalanan multicity ketika booking tiket MAS. Dari situ mungkin anda tidak perlu kembali ke London. Namun pilihan saya ke London semula untuk pulang ke tanah air (return ticket) adalah kerana belum tahu bajet saya ketika itu cukupkah tidak untuk pusing ke negara lain. Jika ada masalah bajet mungkin paling teruk pun saya perlu tinggal di London sepanjang 2 minggu itu. Terpulang kepada bajet anda sebenarnya. Namun saya bersyukur saya dapat ke London semula, Dapat shopping last minute hehe. 

Oleh kerana tiba di Zurich pun sudah lewat petang, saya membuat keputusan untuk tinggal semalam di bandar itu dan keesokan harinya baru gunakan Swiss Pass untuk bergerak ke Lauterbrunnen yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan.   Tidak perlu terikat lagi dengan validity Swiss Pass kerana kita hanya akan membelinya apabila tiba di Zurich nanti melainkan mereka ada promosi di online. Setelah melihat gambar2 indah dan video youtube di Vanice, saya akhirnya bertekad untuk ke sana dan merancang untuk menggunakan Swiss Pass dari Lauterbrunnen ke Chiasso yang merupakan bandar terakhir disempadan antara Switzerland - Italy. Swiss Pass digunakan sepenuhnya pada hari ketiga dengan perjalanan yang mengambil masa selama lebih 6 jam. Dari Chiasso pula saya terpaksa membeli tiket ke Milan dan seterusnya ke Vanice. Alhamdulillah syukur harga tiketnya tidaklah mahal sangat.


Kami menempah hotel di pulau Vanice itu sendiri setelah ada bloggers cadangkan sedemikian. Ini kerana di Vanice Mestre memang tidak ada suasana Vanice langsung walaupun lokasinya hanya dipisahkan oleh sebuah jambatan atau 10 minit perjalanan dengan train. Walaupun bilik hotel yang dikira sebagai paling bajet, harganya tetap mahal dan mencecah RM 400 satu malam. Setelah 3 malam di sana, hari terakhir disebelah petang kami mengambil fligth Easyjet ke Paris. Kos kedua-dua penerbangan dengan EasyJet ini memang murah berbanding train. Tetapi perlu juga ambil kira kos check in bagasi yang dikira setiap kilo selepas melepasi 20 KG yang dihadkan. Kami membawa beg besar seberat 30 KG dan dikenakan charge GBP 60 dari Luton dan EURO 70 dari Marco Polo. Cara kiraan memang mengelirukan bagi saya hingga saya serahkan saja kepada staff di kaunter atas apapun bayaran yang perlu saya jelaskan. Di Paris, buat pertama kali kami menggunakan page AirBNB yang menawarkan apartment persendirian untuk disewakan. 3 malam di sana..Paling mahal malah lebih mahal dari hotel kami di Vanice namun lokasinya yang sangat berdekatan dengan stesen Bir Hakiem dan kelihatan jelas Menara Eifel dari tempat tidur kami menjadikan ia pilihan yang cukup istimewa sekali!

Dan arrangement yang terakhir iaitu perjalanan dari Paris ke London, entah macam mana saya berjaya dapatkan tiket Eurostar melalui website SNCF dengan harga RM 474. Kalau tidak silap sebelum ini perjalanan sehala saja untuk kami sekeluarga boleh jejak RM 1200. Di London kami menempah 2 malam untuk 2 hari pertama dan 2 malam lagi untuk 2 hari terakhir melalui hotel Travelodge cawangan Walthamstow Central. Satu malam tak sampai RM 250!

Ini adalah itinerary ringkas sempat saya kongsikan pada hari ini. Pengalaman sebenar akan menyusul.. 

Perbelanjaan ini adalah untuk keluarga kami. Dua dewasa + seorang kanak-kanak 5 tahun + seorang bayi 4 bulan. Perbelanjaan pengangkutan Tube, Metro, Teksi, waterbus tidak lah terlalu mahal dan akan diterangkan dalam posting seterusnya.




Berikut adalah link untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat dan membuat tempahan.


PENGINAPAN










TRAIN









PENERBANGAN






Cont..





No comments:

Post a Comment