Search This Blog

Thursday, August 27, 2015

Bahagian 21 : London - Switzerland - Vanice - Paris

Musée du Louvre


Baru jam 5 petang sudah ada kedai yang mula tutup. Antaranya butik LV dan beberapa lagi jenama designer lain di sini. Kami kemudiannya mengambil Metro ke stesen Palais Royal untuk ke Musée du Louvre. Tiada rancangan untuk masuk ke muzium yang menempatkan lukisan tersohor di dunia iaitu Potret Monalisa karya Leonardo da Vinci. Cukuplah sekadar bergambar di sekitar kawasan pyramid kaca buat kenang-kenangan bahawa kami sudah sampai di sini. Keluar dari stesen Metro saya memilih untuk mengikuti laluan dalam mall yang kebanyakkan kedai-kedainya sudah ditutup kerana mahu mencari toilet. Alhamdulillah jumpa pun toilet di sini. 























Selesai berposing dalam keadaan hari yang sudah semakin gelap kami pun mengambil metro untuk ke stesen Trocadero. Dari situ kami boleh berjalan kaki untuk pulang ke apartment sambil menikmati pemandangan Eiffel Tower pada waktu malam. Namun malangnya hujan pula turun renyai-renyai. Apa lagi.. terasa pula lagi nak ke toilet. Sementara family berteduh di sebuah bangunan, saya berpusing keliling untuk mencari toilet.. Nah baru terasa masalah besar meronda di Paris ni. Pelancong dari China yang kebanyakkan sudah berumur membanjiri dataran Trocedero ini untuk bergambar berlatar belakangkan menara Eiffel. Saya terpaksa mengajak family untuk berjalan pulang dan melupakan rancangan kami untuk lepak dikawasan itu..










Malam sebenarnya masih muda. Rasa rugi sebenarnya pulang awal ni. Namun apakan daya kesihatan baby iman perlu diutamakan. Semasa naik ke apartment saya ada nyatakan kepada wife mungkin saya akan turun bersendirian ke Eiffle Tower untuk menikmati pemandangan waktu malam yang cukup indah. Tapi biasalah, bila sudah berehat dan tegakkan badan di tilam empuk memanglah berat nak keluar semula. Tambah pula Menara Eiffel boleh saja dilihat dari jendela apartment. 

Keesokkan harinya, setelah bersarapan, kami keluar untuk ke Cathedral Notre-Dame. Perjalanan mengguna metro kali ini perlu menukar train di stesen Montparnasse sebelum sampai ke destinasi melalui stesen Cite. Pada mulanya agak keliru juga sama ada mahu turun di stesen Cite Metro atau gunakan RER untuk turun di Saint Michel yang nampak seperti lebih dekat. Akhirnya kami terpaksa juga gunakan Metro sepenuhnya kerana untuk menyambung perjalanan menggunakan RER kami perlu keluar stesen di Montparnasse dan menggunakan lagi satu carnet tambahan untuk masuk ke stesesn RER. Bila sampai ke Cite baru kami tahu rupanya kawasan ini kecil sahaja. Jarak antara dua stesen tadi tidaklah sejauh mana. Tidak kisah berjalan kaki berpusing atau tersalah jalan kerana segalanya dekat sahaja. 



























Nampaknya masalah toilet ni dah jadi masalah negara. Betul-betul kacau mood. Sampai sahaja di Notre Dame, saya cuba mencari toilet dan terjumpalah sebuah toilet automatik dengan barisan panjang manusia yang mahu menggunakannya. Ketika sampai pun saya sudah kritikal. apabila melihatkan barisan yang panjang maka bertambahlah tekanan hingga saya tidak bercakap langgsung dengan pak haji dan mak haji (orang Malaysia) yang beratur dibelakang. Setiap kali selesai digunakan toilet akan ditutup selama beberapa minit untuk pembersihan secara automatik sebelum ia dibuka semula dengan isyarat nyalaan lampu hijau. ADUH! Hampir sejam juga keluarga saya terpaksa tunggu. Duduk sekejap tiba-tiba ada seorang lelaki menghulurkan salam sambil tersenyum tanpa sebarang kata-kata.. Oh orang Malaysia lagi. Kami pun masuk ke khemah besar menempatkan jualan roti segar sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.